Followers

Friday, November 28, 2014

Anis Choc Moist & Shugarholic Cheezylicious Marie Layer Cheesecake



Penah dengar Anis Choc Moist & Shugarholic Cheezylicious Marie Layer Cheesecake?




Jika berminat dengan produk di atas, sila datang ke Kedai Alatulis Yakin Creative Enterprise, 55, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak. Hanya RM5.50 sahaja sebekas! Cepat-cepat!! Dapatkannya segera!! Anda pasti tidak kecewa dengan Anis Choc Moist yang memang pasti sedap & Shugarholic Cheezylicious Marie Layer Cheesecake yang lazat dan pasti memikat hati anda semua!! http://eemoticons.net 

Thursday, November 27, 2014

Choc Moist Cupcake Topping Buttercream for Ikin


Order semalam daripada Pn. Ikin dari Fasa 9, Taman Sri Gombak. Memang dekat sangatlah dengan rumah saya. Beliau mengorder 16pcs Choc Moist Cupcake Topping Buttercream untuk ulangtahun perkahwinannya yang pertama.




Idea deko adalah di atas permintaan Pn. Ikin sendiri. Semoga Pn. Ikin berpuas hati dengan deko saya dan yang paling penting menyukai kek choc moist saya. Happy 1st Anniversary kepada Pn. Ikin suami isteri. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Tuesday, November 18, 2014

Choc Moist Cake Topping Buttercream with Edible Image Transformers for Watie


Order ketiga untuk bulan November 2014 adalah daripada customer baru saya iaitu Pn. Watie yang jauh dari Shah Alam mengambil kek saya di Gombak ni. Beliau dapat contact saya dari blog nilah. Beliau mengorder Choc Moist Cake topping buttercream dengan edible image Transformers. Kek ni dibawa ke tadika anaknya Darwisy untuk disambut bersama-sama rakan-rakan dan guru tercinta.

Diharap Darwisy seronok melihat birthday cake dengan karektor Transformers kegemarannya. Happy Birthday to Darwisy! http://eemoticons.net 

Monday, November 17, 2014

Choc Moist Cake Topping Buttercream with Edible Image Gambar Sendiri for Hidayah


Repeat order daripada customer saya Pn. Hidayah yang tinggal dekat je dengan kawasan rumah saya kali ni mengorder kek yang sama seperti order-order yang lepas iaitu Choc Moist topping buttercream dengan edible image gambar suami dan anak tercinta. Birthday cake kali ni sebenarnya untuk hari lahir suaminya, tapi agaknya saje-sajelah letak gambar anak lelakinya sekali kan, nampak meriah sikit kek http://eemoticons.net

Terima kasih kepada Pn. Hidayah kerana sudi order lagi! http://eemoticons.net 

Sunday, November 16, 2014

Choc Moist Cupcake Topping Buttercream for Tina


Dah lama kawan saya Tina ni tak order kek dengan saya dan dah lama juga takde tempahan untuk cupcake. Selama ni dok buat kek besar je kan. Choc Moist Cupcake dengan topping buttercream yang diorder oleh kawan saya Tina ni adalah untuk diberikan kepada bosnya sebab tak dapat menghadiri majlis perkahwinan adik bosnya. Kerana rasa bersalah tak dapat datang, beliau pun menghadiahkanlah cuppies ni untuk bosnya.



Beliau suruh saya pek guna cupcake holder 6pcs ni supaya senang untuk diberikan kepada ahli keluarga bosnya yang lain. 




Next entri birthday cake lagi...tunggu....http://eemoticons.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...