Followers

Monday, July 29, 2013

Choc Buttermilk and Red Velvet Cupcake for Tina (2)

Entri kali ni takde apa yang istimewa sangat, repeat order dari kawan saya Tina yang bekerja di Hong Leong Bank cawangan Jalan Raja Laut. Sebelum ini beliau bekerja di cawangan Petaling Jaya. Walaupun dah banyak kali order, tapi geng-geng di cawangan Jalan Raja Laut ni belum pernah merasa lagi cuppies saya. Seperti occasion yang lepas-lepas, macam biase cuppies ni diorder untuk meraikan rakan sekerja yang akan berpindah ke tempat lain. Sebab selalu diorder untuk majlis farewell, maka cuppies saya ni bolehlah dinamakan sebagai "Farewell Cuppies" hehe..http://eemoticons.net Tapi, tak kisahlah apa nama pun, janji ada orang yang sudi order, itupun dah cukup baik untuk saya http://eemoticons.net




Ini adalah order seminggu sebelum puasa hari tu. Resepi yang digunakan untuk Choc Buttermilk Cupcake & Red Velvet Cupcake adalah resepi yang sama seperti order-order yang sebelumnye, yang membezakan cuma deconye saje. Sebanyak 50pcs Choc Buttermilk Cupcake & 25pcs Red Velvet telah selamat dimakan, Alhamdulillah http://eemoticons.net
Harap-harapnye lepas raye ni ada lagilah order untuk majlis Hari Raya pulak, I'm waiting..http://eemoticons.net 

Saturday, July 27, 2013

Choc Sour Cream Cupcake with Buttercream - Hari Guru 2013

Selamat bertemu kembali http://eemoticons.netSeperti yang tercatat di post title di atas, Chocolate Sour Cream Cupcake menjadi pilihan saya untuk majlis Hari Guru 2013. Cuppies ni dibuat khas untuk majlis di tadika anak kedua saya. Cuppies ni bukanlah ditempah oleh pihak tadika pun, tapi sebab teachernya pesan suruh bawak makanan untuk sambutan hari guru tu, saya pun apa lagi, mengambil peluang ini untuk membaking kek coklat kegemaran saya.

Nampak terlalu simple kan deconya dengan sekadar tulisan "Selamat Hari Guru 2013" http://eemoticons.net Asalnye memanglah nak buat extra cuppies untuk buat corak-corak sikit selain daripada tulisan je. Unexpactable, bekas yang dibeli tak muat pulak nak letak 25 cuppies, muat 16 je..http://eemoticons.net Maka punahlah harapan nak buat seperti yang dirancang, kuang, kuang, kuang http://eemoticons.net Rupenye soufflĂ© cup yang bunga-bunga ni tak sama ngan yang plain. Kalau yang plain memang muat 25 pcs, sebab dah penah buat sebelum ni pakai bekas plastik yang sama. Kantoi lagi...

Maka, terhasillah cuppies-cuppies tersebut dengan hiasan tulisan saje. Memikirkan yang nak makan ni budak-budak je, tak kisahlah, tulisan saje pun tulisanlah http://eemoticons.net

Moral of the story - Lepas ni jangan tersilap lagi, ini nasib baik diri sendiri sponsor, kalau orang order, rugilah mak, tepakse beli yang lain, jadilah kos melepas, hehe http://eemoticons.net

Adios! http://eemoticons.net

Thursday, July 25, 2013

Carrot Cake

Assalamualaikum peminat-peminat kek semua http://eemoticons.net Dah lame tak bersiaran di sini..ingatkan dah lama sangat, rupenye baru sebulan. Seperti entri yang lepas-lepas, entri yang baru nak ditulis ni dah tertunggak lama. Kalau mengikut tarikh gambar, carrot cake ni dibuat 2 bulan yang lepas. Ini adalah projek pertama selepas pantang. Taklah minat sangat dengan carrot cake ni, cuma saje-saje try buat, kot la ada yang berminat nak order carrot cake, kita boleh buat walaupun tak berapa suka memakannya.

Untuk percubaan pertama, Alhamdulillah menjadi http://eemoticons.net Untuk percubaan pertama ni di dalammya ada carrot, kismis dan kacang gajus. Biasenye orang letak walnut ke, pecan ke, macam tu kan, tapi saya letak gajus sebab saya suka kacang gajus. Carrot cake ni sebenarnya tak kisah sangat nak letak buah apa dan kacang apa di dalamnya, ikut citarasa masing-masing. Biasenye jugak carrot cake akan diletakkan topping cream cheese untuk menyedapkan lagi rasa kek tu. Tapi, saya tak letak topping untuk percubaan pertama ni sebab takut tak jadi, membazir pulak kalau dah beli cream cheese kalau kek tu tak jadi kan. Walaupun tanpa topping, pada saya kek ni dah cukup sedap kalau dimakan begitu saje (macam iklan gardenia pulak, hehe http://eemoticons.net)

So, kepada penggemar-penggemar kek di luar sana, kalau berminat nak makan carrot cake, bolehla kalau nak order dengan saya. Apa yang anda nak letak dalam kek anda boleh dicustomizedkan mengikut citarasa anda. Nak letak kismis, pisang, walnut, pecan, almond, gajus, anda bebas menentukannya.

Sekian untuk entri kali ni, next entri kita tengok kek apa pulak yang nak menjelma, chow! http://eemoticons.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...