Followers

Saturday, June 1, 2013

Choc Sour Cream Cupcake for Kak Lin

Mmmmm....nampak sedap tak cupcake kat dalam gambar ni? Mestilah sedap, tengoklah sape yang buat, tuan empunya bloglah, hahaha! Perasannya saya ye, kalau tak saya sendiri yang puji, sapelah yang nak puji kan, hehe...



Order kali ini adalah order terakhir sebelum saya melahirkan anak ketiga saya hari tu. Order ni hanyalah 5 hari sebelum saya melahirkan baby saya. Amboi, amboi, sempat lagi membaking walaupun dah dekat betul tarikh duenya ye. Takpelah, lagipun, cuppies ni letak choc chip je, tak perlu topping apa-apa. Jadinya, takdelah teruk sangat saya nak membaking. Lagipun ordernya hanyalah 25pcs. Ini adalah order pertama daripada jiran saya iaitu Kak Lin yang akan dibawa nun jauh ke Kuantan untuk saudaranya di sana. Oleh kerana cuppies ni nak dibawa jauh ke Kuantan, jadinya saya memilih untuk membuat Choc Sour Cream Cupcake kerana saya merasakan ini adalah resepi saya yang paling sedap dan terbaik yang pernah saya buat. Sour cream atau bahasa melayunya krim masam selalunya tidak mengecewakan jika ditambah di dalam adunan kek anda tak kiralah kek coklat ataupun red velvet, memang sedap! Membuatkan anda rasa addicted bila anda memakannya. Tak percaya? Cubalah order kalau nak tau, hehe...  .


Walaupun harga sour cream agak mahal dibandingkan dengan susu biasa ataupun buttermilk dan juga akan membuatkan harga kek anda meningkat juga, namun, In Shaa Allah customer akan berpuas hati dengan rasa kek anda. Lagipun, jiran saya tidak meletakkan bajet tertentu, maka saya persembahkan kek saya yang paling saya suka buat. 




Alhamdulillah, di saat-saat akhir sebelum saya melahirkan, saya mendapat feedback yang cukup positif daripada jiran saya dan saudaranya di Kuantan itu. Mereka amat berpuashati dengan cuppies saya. Oleh kerana ini adalah order pertama untuk Choc Sour Cream cupcake, ditambah pula menggunakan souffle cup yang tak pernah saya guna, order ini adalah underpaid kerana kesilapan dalam pengiraan kos. Saya memang selalu terkantoi macam tu. Bila ada order yang tak biasa je, mesti ada kesilapan dalam pengiraan kosnya. Tapi takpe, benda yang pertama kali memang biasa macam tu. Sungguhpun underpaid, tapi dengan feedback yang positif itu membuatkan saya tersenyum sampai ke telinga kerana customer berpuashati dengan rasa kek saya, Alhamdulillah...  Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Lin kerana sudi mengorder daripada saya yang baru nak belajar ni.

Dengan itu, setakat ini sahaja order yang saya dapat sebelum saya melahirkan baby girl saya. Order seterusnya kalau ada, In Shaa Allah akan saya tempekkan di blog saya ni. Sudah sebulan tempoh pantang saya berlalu, jadi, kepada sesiapa yang nak order, dipersilakan dengan hormatnya. Order daripada anda bakal customer saya amatlah dialu-alukan. Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entri-entri saya, Wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...