Followers

Saturday, July 26, 2014

Order Sebelum Raya - Banana Cupcake with Choc Ganache Filling for Erin


Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi, kita sudah pun hampir selesai menunaikan kewajipan berpuasa dalam bulan Ramadhan 2014. Hari ni hari kedua terakhir sebelum berakhirnya Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik daripada Ramadhan yang lalu untuk semua orang, In Shaa Allah. Sudah ramai yang berangkat ke kampung bermula daripada semalam lagi. Saya sekeluarga je yang masih tinggal di KL, menanti waktu untuk pulang ke Kuala Kangsar, kampung suami saya. Sememangnya tiap-tiap tahun  akan beraya kat sana. 

Bulan puasa ni memang takde order sangat. Yelah, orang lebih menumpukan pada lauk-pauk dan kuih-muih untuk berbuka berbanding kek. Tapi, tak sangka pulak di saat-saat akhir nak habis Ramadhan ni, ada juga order dari rakan saya Erin. Beliau mengorder Banana Cupcake untuk makan-makan bersama keluarga dan saudara-mara di kampung.



Order kali ni pelik sikit. Kalau hari tu beliau order sebiji Banana Cake dengan topping choc ganache. Kali ni, choc ganachenya kat dalam cupcake. Macam-macam method sebenarnya yang boleh dibuat untuk mengisi filling di dalam cupcake. Antaranya adalah memotong sedikit bahagian atas cupcake dan mengisi filling ke dalamnya. Cara ni saya taklah berapa suka sangat, tapi sebab takde cara lain dah yang sesuai untuk mengisi filling, saya gunakan jugaklah cara ni. 

Kenapa saya tak suka? Sebab cara ni agak membazir kek kerana bahagian atas cupcake yang telah dipotong tu mesti dipotong lagi untuk menutup permukaan cupcake tu. Kalau tak, tak muatlah nak letak cover dia balik kan...Tapi takpelah, lain kali saya akan gunakan cara lain yang lebih praktikal dan tak membazir. Kali ni terpaksa sebab ini percubaan pertama, nak buat eksperimen dulu tak sempat dah.



Diharap Erin sekeluarga berpuashati dengan cuppies yang diorder dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam seluruh Malaysia http://eemoticons.net

Monday, July 7, 2014

FREE!! Choc Moist Mini Pack untuk Ramadhan 2014


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini saya mengambil kesempatan ini untuk mengedarkan seberapa banyak Choc Moist Mini Pack untuk juadah berbuka puasa. Saiz pek berukuran 4" x 2.5" x 1.5". Setiap pelanggan terhad untuk 1 pek sahaja. Kalau nak lagi lepas ni, boleh la order ye. Berilah juga peluang kepada orang lain untuk merasa.





Anda boleh dapatkannya secara PERCUMA! di kedai alatulis milik suami saya di Yakin Creative Enterprise, No. 55, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor. Sape-sape yang duduk area Sri Gombak, Pinggiran Batu Caves, Taman Samudera, Taman Bolton, Selayang ke dan kawasan-kawasan lain yang berhampiran, bolehla singgah untuk merasa secara percuma Choc Moist Cake dari Faeiza's Cakes. Kalau tak tau kat mana, boleh hubungi saya 013-6299 005.




Sedia untuk diedarkan. Sape cepat, dia dapat! http://eemoticons.net

Sunday, July 6, 2014

Oreo Cheesecake for Pn. Nina & Hawa


Alhamdulillah, hari ni sudah masuk hari yang ke-8 kita menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk tahun 2014 ini. Diharapnya anda semua masih berpuasa penuh ye http://eemoticons.net Kalau orang pompuan susahla sikit, ada hari offnye kan...

Untuk bulan Ramadhan ni ada juga yang sudi mengorder Oreo Cheesecake untuk dijadikan sebahagian daripada juadah berbuka selain daripada kuih-muih tradisional yang menjadi pilihan biasanya. Order ni dari customer baru saya iaitu Pn. Nina yang dapat contact saya dari mudah.my.

Disebabkan Pn. Nina nak rasa dulu cheesecake saya, jadi saya mencadangkan Oreo Cheesecake. Saya pek dalam bekas 4 segi saiz 6" dengan harga RM25 sahaja sebekas sempena bulan Ramadhan ni. Harga biasa RM30. Disebabkan ada lebih 1 pek lagi, saya pun offerlah di fb personal saya dan fb page saya. Mana tau kot-kot ada yang berminat. Kalau takde, memang saya ngap sendirilah, haha...http://eemoticons.net

Tengahari semalam saya post, petang saya check fb, dah ada yang berminat. Rupenye ex-staff kedai stationery suami saya, Cik Puan Hawa berminat nak beli. So, terjuallah kedua-dua pek dengan jayanya http://eemoticons.net Sebelum ni Hawa memang dah penah order dengan saya kek yang sama untuk birthdaynya yang lepas. So, dah ada yang dah siap ni, apa lagi, tak nak la terlepas peluang kan...hihi...

Kepada anda yang terlepas peluang ni, jangan risau, boleh je kalau nak order jika berminat. Orderlah kek kesukaan anda. Bulan puasa pun boleh makan kek, takde masalah kan http://eemoticons.net

Oklah tuan-tuan dan puan-puan semua, Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...