Followers

Thursday, August 28, 2014

Dessert of the Day - Carrot Walnut Cake


Disebabkan ada lebihan cream cheese daripada order-order yang lepas, maka rasa macam nak buat Carrot Walnut Cake. So, saya googlelah kat internet mencari resepi Carrot Cake yang sesuai dengan citarasa saya dan saya rasakan menarik untuk dicuba. Lama sangat dah tak buat carrot cake ni. Last sekali taun lepas, itupun buat main-main je sebab nak abiskan stok kismis, walhal saya paling tak suka kalau dalam kek ada kismis, memang saya tak suka. Sebab tu saya tak berapa suka kek buah. Daripada kek buah, saya lebih suka nak makan dan buat carrot cake. Tapi, kalau ada yang minat nak order, takde masalah, saya boleh buatkan.

Carrot Walnut Cake yang saya buat ni bukan sahaja ada carrot dan kacang walnut...ada 2 lagi bahan tambahan untuk membuatkan carrot cake ni rasa unik sikit (pada sayalah, pada orang lain, ntahlah http://eemoticons.net ). Bahan-bahannya adalah nenas dan kelapa kering. Serius sedap bila digabungkan 4 bahan ni bersama - carrot, walnut, nenas & kelapa kering, tambah pulak dengan topping cream cheese, memang layan! http://eemoticons.net

Bukan saje nak puji kek sendiri, tapi kalau anda sendiri nak tau, bolehla order...

Jangan marah....http://eemoticons.net

Tuesday, August 26, 2014

Choc Cake Topping Cream Cheese with Edible Image Frozen for Ilyana


Frozen, Frozen, Frozen & Frozen....banyaknye Frozen ye. Anak-anak buah rakan sekolah rendah saya, Ilyana ni pun suka dengan Frozen. Sebab tulah beliau menghadiahkan anak-anak buahnya kek tema Frozen.




Apa nak buat, Frozen menjadi kegilaan ramai sekarang ni. Order kali ni adalah Choc Cake dengan topping Cream Cheese. Kalau kek-kek sebelum ni asyik buttercream je kan, apa kata tukar selera topping cream cheese. Kombinasi kek coklat dan cream cheese memang sepadan. Tak semestinye dengan buttercream atau choc ganache je http://eemoticons.net



Terima kasih banyak-banyak kepada rakan saya Ilyana sebab sudi order serta dengan compliment yang diberikan. Terima kasih juga sebab rajin "Like" gambar-gambar kek saya di facebook http://eemoticons.net




Kalau nak cuba Choc Moist Cake dengan topping Cream Cheese, apa lagi, callling-callinglah http://eemoticons.net

Monday, August 25, 2014

Choc Cake Topping Buttercream with Edible Image Ironman for Nor Aidil


Taun 2014 ni banyak betul tempahan untuk kek edible image. Ramai yang suka kek letak gambar-gambar ni rupenye. Cantik agaknya. Walaupun harga agak mahal bila ada edible image ni, tapi sekali-sekala kan apa salahnya belanja lebih sikit untuk yang tersayang http://eemoticons.net 

Saya sendiri pun teringin jugak nak buat kek macam ni untuk anak sendiri, tapi tak buat-buat. Dok bertangguh dan sibuk menyiapkan kek orang lain, sampai tak sempat nak buat birthday kek untuk anak sendiri. Sabar ye Adib, mama sibuk sikit sekarang http://eemoticons.netDah free sikit nanti mama buatkan untuk Adib.





Adik Iqbal yang berumur 3 tahun ni minat dengan Ironman agaknye. Jadinya, ibunya pun menghadiahkan kek coklat bertemakan Ironman. Saya suka jugak tengok Ironman ni. Cuma Ironman 3 tak berkesempatan lagi nak tengok. Tapi kata suami dan anak-anak Ironman 3 tak berapa best. Tu yang buat saya tak berapa nak tengok, hihi....http://eemoticons.net Lagipun, dah umur macam saya ni dah tak berapa minat nak layan movie, tengok je apa yang ada kat tv tu. Bujang dulu bolehla, pantang ada movie baru je mesti ke panggung. Sekarang, malas dah. Ada budak kecik pulak, macam mana nak ke panggung http://eemoticons.net




Alhamdulillah, respon daripada Pn. Nor Aidil amat-amat saya hargai http://eemoticons.net




Oklah, setakat ni saje entri untuk kali ni. Jumpe lagi next entri! http://eemoticons.net

Sunday, August 24, 2014

Plain Choc Cupcake for Hidayah


Plain choc cupcake, repeat order dari customer saya Pn. Hidayah. Duduk dekat je dengan kawasan rumah saya. Dari rumahnya ke rumah saya cuma 5 minit je http://eemoticons.net 

Saya tak berapa pasti untuk majlis apa cupcake ni ditempah, yang saya tau cupcake ni untuk anak lelakinya. Sebelum ni beliau mengorder Choc Cake untuk anak perempuannya dengan deko Hello Kitty.

Sekala-sekala makan cupcake tak bertopping sedap jugak http://eemoticons.net

Tak pecaye? Cubalah order http://eemoticons.net

Saturday, August 23, 2014

Vanilla Sponge Cake Topping Buttercream with Edible Image Ben 10 for Faezah


Semalam tema Frozen, hari ni kita tengok tema edible image Ben 10 pulak. Masih ada yang minat dengan Ben 10 rupenye. Anak-anak saya dulu suka jugak dengan Ben 10. Tapi sekarang dah besar sikit agaknye, dah tak berapa minat dengan Ben 10.

Order daripada Pn. Faezah, rakan sekerja kepada Pn. Aishah yang menempah kek edible image tema Frozen pada entri semalam. Majlis hari lahirnya ni pun dibuat sekali dengan majlis open house. Mesti seronok anak Pn. Faezah, Haqiff dapat kek span vanilla sebesar 12" dengan berat lebih kurang 3kg dengan wajahnya sekali pulak tu sebelah Ben 10 kegemarannya.

Diharap Pn. Faezah sekeluarga enjoy dengan kek yang ditempah olehnya. Happy Birthday Haqiff! http://eemoticons.net 

Friday, August 22, 2014

Choc Sponge Cake Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Aishah


Sepanjang minggu lepas ada 2 kek edible image yang ditempah oleh customer. Tema Frozen memang menjadi kegemaran kanak-kanak sekarang terutamanya kanak-kanak pompuanlah. Anak saya yang lelaki tu pun suka tengok cite tu, inikan pulak pompuan kan...http://eemoticons.net

Order tema Frozen kali ni adalah daripada customer baru saya yang dapat contact saya dari mudah.my iaitu Pn. Aishah dari Jinjang Utara menempah kek span coklat bersaiz 12" untuk hari lahir anak perempuannya yang bernama Nur Safiya Umairah berumur 8 tahun.

Alhamdulillah Pn. Aishah berpuas hati dengan tempahan kek yang dibuat, cukup untuk semua orang yang datang ke majlis open housenya merangkap birthday party jugaklah. Time raya ni ramai jugak yang buat birthday party sekali ngn open house. Jimat masa dan kos kan...tak perlu buat 2, 3 majlis. Sekalikan je http://eemoticons.net

Apa agaknya tema untuk edible image seterusnya?

Ikuti entri seterusnya esok....daa....http://eemoticons.net

Thursday, August 21, 2014

Choc Sponge Cake Topping Buttercream for Saidatul Azira


Lagi order untuk Choc Sponge Cake dari cikgu SK Raja Muda Shah Alam, Pn. Saidatul Azira. Ini adalah repeat order dari beliau untuk anak muridnya yang bernama Amal. Beliau mengajar murid pra-sekolah di sekolah tersebut. Rasanya beliau tolong order untuk anak muridnya ni sebab katanya ada parents yang bertanya tentang kek saya. Sebelum ni beliau dah penah order Choc Sponge Cake untuk hari lahir anaknya serta Butter Cake untuk hari lahir yang disambut beramai-ramai bersama anak-anak muridnya.




Kalau order daripada beliau sebelum ni ada edible image, kali ni deko simple je guna fondant dan beberapa sprinkle huruf dan gula-gula yang berbentuk seperti M & M



Kata beliau, kek kali ni pun sama seperti order yang lepas, memang licin habis! http://eemoticons.net

Terima kasih kepada Cikgu Saidatul Azira sebab sudi order lagi http://eemoticons.net

Wednesday, August 20, 2014

Choc Cupcake Topping Choc Ganache & Buttercream for Anim


Selepas menyiapkan kek cheese meleleh pada entri yang lepas, saya menyibukkan diri pula menyiapkan cupcake untuk adik ipar saya Anim. Sebanyak 80pcs choc cuppies yang ditempah olehnya. Cuppies ni semua untuk dibawa sebagai juadah hari raya taska anaknya dan juga untuk diberikan kepada rakan-rakan sekerja.


 2 jenis topping untuk choc cupcake yang ditempah oleh Anim iaitu topping buttercream dan choc ganache





50pcs untuk dibawa ke taska untuk jamuan hari raya, selebihnya untuk diberikan kepada rakan-rakan sekerja







2 jenis packing untuk cuppies kali ini iaitu packing di dalam kotak cupcake holder dan individual pack dalam bekas plastik penutup dome.



Terima kasih banyak-banyak kepada Anim sebab sudi order. Harap budak-budak di taska dan rakan-rakan sekerjanya suka dengan cuppies saya http://eemoticons.net



Chow dulu! http://eemoticons.net

Tuesday, August 19, 2014

Kek Cheese Meleleh for Rin


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang singgah di blog kek saya ni. Lama betul tak update blog...akhir-akhir ni busy sikit menyiapkan order sampai tak nyempat-nyempat nak ngadap laptop. Alhamdulillah, rezeki bulan Syawal http://eemoticons.net

Order untuk post kali ni adalah daripada jiran saya Rin. Beliau mengorder Kek Cheese Meleleh khas untuk anak saudaranya. Anak saudaranya memang suka sangat dengan kek cheese leleh ni. Tak taulah sape yang merekacipta kek cheese leleh ni. First time dengar pasal kek ni, saya ingat keknya adalah cheese cake. Rupenye keknya hanyalah kek span biasa dan ramai yang buat kek ni mengvariasikan dengan macam-macam jenis sponge cake. Macam yang saya buat ni kek span pandan ditoppingkan dengan cream cheese deko cheddar cheese parut. Memang ginilah gaya kek cheese meleleh ni biasenye. Kita pun follow jelah macam mana biase orang buat.

First time saya buat kek span pandan dengan topping cream cheese macam ni. Alhamdulillah jiran saya puas hati dengan kek saya.

Sayonara! Jumpe lagi next entri http://eemoticons.net

Saturday, August 9, 2014

Choc Sponge Cake Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Hani


Last minute order daripada customer baru saya Pn. Hani ingin menghadiahkan kepada anak saudaranya choc sponge cake dengan tema Frozen. Ramai sungguh peminat kartun Frozen ye http://eemoticons.net Disebabkan order ni last minute, tak dapatlah nak menempah dulu dengan supplier sebab biasenye tema Frozen takde yang ready made. Agaknye dah rezeki Pn. Hani, cari punye cari kat kedai bakeri, ada kedai bakeri yang jual tema Frozen yang ready made. Lepas ni takyah risau lagilah kalau ada yang nak order last minute. Berdekatan kawasan rumah saya ni ada 2 kedai yang menjual barang-barang bakeri. So, salah satu kedai tu adalah jual tema Frozen ni, yang lagi satu takde. Cumanye, kalau order last minute ni tak dapatlah nak combine dengan gambar sendiri. Kalau naklah kan...




Disebabkan kat atas kek tak muat nak tulis, saya letakkan wording fondant kat tepi kek. Edible image yang kecik tu memang ada pakej sekali dengan edible image yang besar tu. Dah ada, kita gunalah untuk deko.

Diharapnya Pn. Hani puas hati nanti dengan rasa kek saya. Tak sabar nak tunggu feedback! Tengahari ni nak hantar ke rumahnya di Bandar Kinrara. Selepas ke Kinrara, nak pegi beraye kat umah mak pulak di Gombak. Mak ada buat makan-makan hari ni http://eemoticons.net 

Sampai kat sini je. Malam karang ada lagi 1 kek nak dibuat untuk order hari esok. Kek apa pulak esok ni.....tunggguuuu.....http://eemoticons.net

Tuesday, August 5, 2014

Choc Cake with Buttercream Deko Hello Kitty for Hidayah


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca blog ni (kalau ada http://eemoticons.net ). Hari ni dah masuk hari raya yang ke-9. Bulan-bulan raya ni mesti ramai yang buat open house. Saya? Saya takdelah buat open house. Tapi, kalau-kalau ada yang sudi nak datang rumah, takde masalah http://eemoticons.net





Musim-musim raya ni, selain dari tempahan kek untuk raya, ada jugak yang tempah untuk majlis hari lahir. Saya belum lagi ada tempahan untuk hari raya. Inilah tempahan saya yang pertama selepas raya. Balik je dari kampung Khamis lepas, Jumaat tu terus membaking untuk dihantar pada hari Sabtu. Tempahan ni adalah dari Pn. Hidayah yang duduk dekat je dengan kawasan rumah saya dan beliau menempah kek coklat topping buttercream saiz 10" dengan deko Hello Kitty. Deko Hello Kitty tu saya gunakan fondant, begitu juga dengan wordingnya. Beliau mendapat contact saya dari blog saya yang tak seberapa ni...







Alhamdulillah, pada hari yang sama, saya mendapat feedback yang sungguh melegakan hati. Maklumlah, ini adalah order pertama dari Pn. Hidayah. Terima kasih kepada Pn. Hidayah kerana sudi order. Lain kali boleh order kek lain pulak!


Adios! http://eemoticons.net 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...