Followers

Wednesday, December 25, 2013

Purple Ombre Cake



Kek kali ini saya namakan dia "Purple Ombre Cake". Ombrenya bukan terletak pada dekonya, tapi pada keknya. Sepatutnya ombre cake ni bukan setakat pada keknya, tapi pada dekonya sekali. Disebabkan kek ni saje-saje buat, malas pulak nak buat banyak warna. Lagipun, hajat di hati memang nak buat deko roses ni dengan warna yang sama pada keseluruhan kek. Terpulang pada diri masing-masing sebenarnya nak buat deko ombre ni. Kalau keknya bukan design ombre pun, boleh jugak nak buat deko ombre dan sebaliknyalah.



 
Mesti anda tertanya-tanya apa ke bendanyalah makna "ombre" ni ek...http://eemoticons.net  Setelah digoogle, saya dapatlah cari makna ombre ni. Berasal dari perkataan Peranchis bermaksud membuat colour shading kepada sesuatu seperti kain, rambut, kek dan sebagainya daripada warna gelap ke terang dan sebaliknya. Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di atas, saya membuat 3 layer warna purple dari terang ke gelap. Kalau nak buat banyak layer pun boleh. Sebab ini kek eksperimen, saya buat 3 layer jelah. Kepada sesiapa di luar sana yang nak buat sampai 6 layer macam rainbow cake tu pun takde masalah. 




 
Biasenye, untuk membuat deko roses, kita letak coating yang nipis je pada kek sebab lepas tu kita nak tutup keseluruhan kek dengan roses. Kalau nak buat 1st coat tu elok-elok boleh jugak, cumanya lapisan icing akan jadi agak tebal. Disebabkan saya tak berapa suka icing yang terlalu tebal, tambahan pulak icing yang saya guna ni buttercream, saya lebih suka buat coating yang nipis sahaja sebelum dibuat roses pada keseluruhan kek.





Setelah siap, beginilah hasilnya. Tadaaa!! http://eemoticons.net






Ini pulak keratan rentas kek setelah dipotong


























Sedia untuk dimakan http://eemoticons.net

Sunday, December 22, 2013

Minion Rainbow Butter Cake with Buttercream



Order kali ni daripada rakan sekampus saya iaitu Pn. Azlina Othman atau lebih dikenali sebagai Achim. Beliau mengorder Minion Rainbow Butter Cake ni untuk hari lahir anak perempuannya Damia yang berusia 5 tahun. Katanya, anaknya minat betul dengan watak kartun Minion dari Despicable Me ni. Usahkan budak-budak, saya sendiri pun memang suka dengan karektor Minion ni, memang comel & kelakar! http://eemoticons.net




Minion madness!! Ada lagi gumpaste minion di bahagian bawah kek. Itu beli yang dah siap. Banyak dijual di kedai barang bakeri. Tambah lagi dengan coklat M & M, menyerikan lagi Minion Rainbow Cake ni http://eemoticons.net





Kalau anda perasan, sapuan buttercream saya tidak begitu smooth, dah jenuh cuba nak buat dia smooth. Itulah yang terbaik yang dapat saya buat. Mungkin tak cukup kelengkapan untuk smoothkan icing tu. Kena perbaiki lagi skill smoothkan icing. Kepada Achim - minta maaflah di atas segala kekurangan...saya ibu budak yang baru belajar http://eemoticons.net




Terima kasih kepada Achim dan suaminya yang juga rakan sekampus saya yang telah sudi share gambar di atas di dalam group whats app http://eemoticons.net





 Ada sesiapa lagi yang berminat dengan karektor Minion? Calling-callinglah saya http://eemoticons.net

Tuesday, December 17, 2013

Plain Sponge Cake with Fresh Cream



Entri kali ni simple je. Plain Sponge Cake dengan Fresh Cream. Kek ni sebenarnya kek eksperimen. Sebab tulah deko lebih-lebih kurang je, hihi..http://eemoticons.net Sambil-sambil nak menghabiskan stok fresh cream yang ada kita buatlah sponge cake ni. Eksperimen ni dibuat untuk rainbow sponge cake. Manalah tau kot ada yang berminat nak rainbow cake version kek span, kita cubalah buat guna resepi dari Facebook Daisy Sehebat Chef. Kalau nak resepi, klik sini. Resepi ni sebenarnya resepi kek gulung, tapi kalau nak buat kek span biasa yang tak bergulung boleh je http://eemoticons.net





Resepi ni pada saya memang best, lembut dan moist. Guna agak banyak telur, sebanyak 7 biji untuk 1 resepi. Tapi puas hatilah kalau nak portion yang banyak terutamanya kalau nak buat rainbow cake. Malas nak pakai color, so kita buat plain jelah. Asyik makan kek butter dan kek coklat je, sekali-sekala pekena kek span dengan fresh cream layan jugak. Kalau tak pecaye, cubalah! http://eemoticons.net

Thursday, December 5, 2013

Rainbow Butter Cake with Buttercream for Haslin

Seperti yang diperkatakan pada entri yang lepas, pada 30 November 2013 yang lalu, saya telah menerima tempahan daripada rakan sekolah rendah saya iaitu Pn. Haslin. Beliau menempah Rainbow Butter Cake untuk majlis hari lahir anak lelakinya yang berumur setahun. Beliau sebenarnya mahukan saya membuat tema circus dengan menggunakan fondant. Malangnya saya masih belum pandai untuk membuat dekorasi menggunakan fondant. Dengan itu saya hanya menggunakan hiasan buttercream sebagai dekorasinya. Saya tak taulah sama ada hiasan di atas memenuhi tema yang dikehendaki http://eemoticons.net Saya buat sekadar menghampiri tema yang dikehendakilah sebab hiasan menggunakan buttercream agak terhad.

Sebab tu saya buat buttercream warna merah macam bendera dan meletakkan figurine yang dah siap dibeli di kedai bakeri iaitu badut dan haiwan yang berkenaan.




Walaupun saya rasa tak begitu memenuhi tema yang dikehendaki, kata Haslin rasa kek ok dan kanak-kanak suka melihat warna-warna yang ada pada rainbow cake tersebut. Saya harap Haslin sekeluarga dan tetamu-tetamu yang datang ke majlis hari lahir anaknya Qayys Fansuri berpuashati dengan kek yang ditempah http://eemoticons.net

Monday, December 2, 2013

Choc Sour Cream Cupcake with Alphabet Sprinkle


Pejam celik, pejam celik, dah 2 minggu cuti sekolah berlalu. Walaupun ada lagi sebulan anak-anak yang bersekolah bercuti, ada ibu bapa yang sudah mula membeli barang keperluan sekolah untuk tahun hadapan. Saya? Belum lagi...mungkin pertengahan bulan akan mula mencari-cari.

Cupcake di atas saya buat atas permintaan anak sulong saya, Azim untuk makan-makan sekolahnya sebelum cuti persekolahan hari tu bermula. Nasib baik sempat membuatnya kerana last minute jugak budak ni bagitau, sempat jugalah membeli apa-apa yang patut.

Simple cupcake, tapi masih lagi menarik kan http://eemoticons.net

Di musim cuti sekolah ni tentu ramai yang membawa anak-anak pergi melancong atau pulang ke kampung. Selamat bercuti saya ucapkan http://eemoticons.netSaya maintain saje di Gombak ni. Sibuk membuat kek dan menguruskan homestay saje sebab sepanjang hujung minggu bulan Disember semua dah fully booked. Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Pada 30 November yang lalu ada kek yang ditempah oleh rakan sekolah rendah saya dahulu. Nak tau kek apa? Tunggu....http://eemoticons.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...