Followers

Thursday, July 25, 2013

Carrot Cake

Assalamualaikum peminat-peminat kek semua http://eemoticons.net Dah lame tak bersiaran di sini..ingatkan dah lama sangat, rupenye baru sebulan. Seperti entri yang lepas-lepas, entri yang baru nak ditulis ni dah tertunggak lama. Kalau mengikut tarikh gambar, carrot cake ni dibuat 2 bulan yang lepas. Ini adalah projek pertama selepas pantang. Taklah minat sangat dengan carrot cake ni, cuma saje-saje try buat, kot la ada yang berminat nak order carrot cake, kita boleh buat walaupun tak berapa suka memakannya.

Untuk percubaan pertama, Alhamdulillah menjadi http://eemoticons.net Untuk percubaan pertama ni di dalammya ada carrot, kismis dan kacang gajus. Biasenye orang letak walnut ke, pecan ke, macam tu kan, tapi saya letak gajus sebab saya suka kacang gajus. Carrot cake ni sebenarnya tak kisah sangat nak letak buah apa dan kacang apa di dalamnya, ikut citarasa masing-masing. Biasenye jugak carrot cake akan diletakkan topping cream cheese untuk menyedapkan lagi rasa kek tu. Tapi, saya tak letak topping untuk percubaan pertama ni sebab takut tak jadi, membazir pulak kalau dah beli cream cheese kalau kek tu tak jadi kan. Walaupun tanpa topping, pada saya kek ni dah cukup sedap kalau dimakan begitu saje (macam iklan gardenia pulak, hehe http://eemoticons.net)

So, kepada penggemar-penggemar kek di luar sana, kalau berminat nak makan carrot cake, bolehla kalau nak order dengan saya. Apa yang anda nak letak dalam kek anda boleh dicustomizedkan mengikut citarasa anda. Nak letak kismis, pisang, walnut, pecan, almond, gajus, anda bebas menentukannya.

Sekian untuk entri kali ni, next entri kita tengok kek apa pulak yang nak menjelma, chow! http://eemoticons.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...