Followers

Sunday, July 6, 2014

Oreo Cheesecake for Pn. Nina & Hawa


Alhamdulillah, hari ni sudah masuk hari yang ke-8 kita menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk tahun 2014 ini. Diharapnya anda semua masih berpuasa penuh ye http://eemoticons.net Kalau orang pompuan susahla sikit, ada hari offnye kan...

Untuk bulan Ramadhan ni ada juga yang sudi mengorder Oreo Cheesecake untuk dijadikan sebahagian daripada juadah berbuka selain daripada kuih-muih tradisional yang menjadi pilihan biasanya. Order ni dari customer baru saya iaitu Pn. Nina yang dapat contact saya dari mudah.my.

Disebabkan Pn. Nina nak rasa dulu cheesecake saya, jadi saya mencadangkan Oreo Cheesecake. Saya pek dalam bekas 4 segi saiz 6" dengan harga RM25 sahaja sebekas sempena bulan Ramadhan ni. Harga biasa RM30. Disebabkan ada lebih 1 pek lagi, saya pun offerlah di fb personal saya dan fb page saya. Mana tau kot-kot ada yang berminat. Kalau takde, memang saya ngap sendirilah, haha...http://eemoticons.net

Tengahari semalam saya post, petang saya check fb, dah ada yang berminat. Rupenye ex-staff kedai stationery suami saya, Cik Puan Hawa berminat nak beli. So, terjuallah kedua-dua pek dengan jayanya http://eemoticons.net Sebelum ni Hawa memang dah penah order dengan saya kek yang sama untuk birthdaynya yang lepas. So, dah ada yang dah siap ni, apa lagi, tak nak la terlepas peluang kan...hihi...

Kepada anda yang terlepas peluang ni, jangan risau, boleh je kalau nak order jika berminat. Orderlah kek kesukaan anda. Bulan puasa pun boleh makan kek, takde masalah kan http://eemoticons.net

Oklah tuan-tuan dan puan-puan semua, Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...