Followers

Sunday, June 5, 2016

Kek Cheese Meleleh Vanilla for Fied


Assalamua'laikum dan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih boleh menulis di sini. Lama juga tak mengupdate blog, sempat update FB dan IG je, sibuk sikit akhir-akhir ni menyiapkan tempahan kek dan cookies. Alhamdulillah, esok In Shaa Allah kita akan menyambut Ramadhan dan tak lama selepas tu menyambut Hari Raya Aidilfitri pulak. Tahun ini untuk pertama kalinya saya mengambil tempahan biskut raya iaitu Dark Choc Chip Cookies seperti yang saya promokan di blog ni. Dah habis pun tempoh mengambil tempahan untuk cookies, tapi takpe, kepada yang tak sempat mengorder untuk raya, boleh order lagi selepas raya sebab order cookies saya ambil sepanjang tahun, tak terhad pada musim raya saje. 

Habis cite pasal cookies, kita sambung cite pasal kek untuk entri ni. Kek Cheese Meleleh Vanilla order daripada rakan saya Rafidah atau nama glamernye Fied mengorder kek ni untuk birthday rakan-rakan sekerjanya. Kek ni lama dah tempahannya, tempahan diambil pada 18 Mei yang lalu. Entri-entri yang akan menyusul nanti pun tempahan bulan Mei dan ada la sikit tempahan pada bulan Jun. 

Alhamdulillah, rakan-rakan Fied yang menyambut birthday berpuas hati dengan kek saya. Ada lagi satu dessert yang ditempah oleh Fied, nak tau apa, tengok entri esok ye, Bye! batting eyelashes

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...