Followers

Saturday, March 3, 2012

Basic Butter Cake


Sebagai entri pertama untuk blog ini, saya nak berkongsi resepi dan pengalaman dalam membuat kek yang paling asas iaitu Basic Butter Cake. Walaupun kek butter ni adalah yang paling asas sebelum buat apa-apa kek, pada saya bukannya mudah jugak untuk membuatkan kek ni menjadi. Basic Butter Cake ni kalau tak silap saya dekat 20 biji kek dah saya buat sebagai eksperimen pada tahun lepas. Ada yang jadi, ada yang tak jadi, ada yang buang. Ada yang tak letak susu, ada yang letak susu, macam-macamlah.. hah Apa yang saya tak puas hati tu sebab kek butter biasenye susah nak masak sekata, tak taulah kenapa. Kalau tengok video mat saleh buat pun, sama macam tu jugak. Ada jugak kek diaorang yang masak tak berapa sekata. Tu yang buat banyak kali tu. penat

Jadinye, setelah melalui bermacam-macam eksperimen, maka saya membuat kesimpulan, butter cake ni kalau tak letak susu pun takpe. Kek anda tetap sedap dan lemak jika menggunakan pure butter atau bahasa Melayunye mentega tulen seperti Anchor, SCS & Tatura. Ini adalah antara jenama-jenama mentega tulen yang terdapat di pasaran. Walaupun harganya agak mahal dari mentega campuran seperti Buttercup dan Farmcows, tapi rasanya memang sedap dan memuaskan hati orang yang memakannya. Kalau buat kek yang menggunakan butter dah tentu saya menggunakan mentega tulen. Saya kurang gemar menggunakan mentega campuran di atas sebab yang telah saya nyatakan tadilah.

Dah habis cerita, jom kita tengok resepinya yang dah tentu bukan original daripada saya tapi saya dah ubahsuai mengikut citarasa saya. Kalau nak cuba resepi ni atau nak syer di blog anda, saya izinkan. Tapi, minta linkkan semulalah ke blog saya ye.. senyumkenyit


Basic Butter Cake


250g mentega tulen
200g tepung gandum
160g gula kastor
4 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik


Cara-cara membuatnya
1) Panaskan oven dengan suhu 170-180 darjah celsius bergantung kepada jenis oven.

2) Ayak tepung bersama-sama serbuk penaik.

3) Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu. Kalau nak tau dah gebu ke belum, adunan tu bertukar menjadi warna putih. Seelok-eloknya pukul selama 7 minit jika menggunakan hand mixer.

4) Setelah kembang dan gebu, masukkan telur satu-persatu sehingga sebati. Jangan overbeat, takut kek jadi keras selepas dibakar.

5) Setelah adunan sebati dengan telur, masukkan campuran tepung dan serbuk penaik tadi sedikit demi sedikit sehingga semua tepung habis dengan menggunakan senduk kayu dan kacau dalam satu arah sahaja. Seelok-eloknya jangan gunakan mixer, takut adunan tak berapa sebati dan rata. Dengan menggunakan senduk kayu, adunan akan menjadi lebih sebati dan jangan overbeat.

5) Setelah adunan sebati, masukkan dalam loyang aluminium bersaiz 8" dan sedia untuk dibakar menari




Setelah dibakar, jadilah kek anda seperti di bawah ini...tepuktangan











Selamat mencuba! peace

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...