Followers

Saturday, April 21, 2012

Marble Swirl Cupcake

Entri yang lepas saya bercerita tentang tempahan pertama saya. Sebelum mendapat tempahan tersebut ada cerita di sebaliknya. Saya suka membuat kek terutamanya cupcake untuk saje-saje saya berikan pada orang. Biasanya saya bagi kepada saudara-mara, kawan-kawan, jiran ataupun sape-sape jelah yang saya kenal yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal saya  

So, satu hari tu saya buatlah Marble Swirl Cupcake ni untuk saya sekeluarga makan dan selebihnya saya beri kepada pengasuh saya. Jadinya, dapatlah seisi rumah di rumah pengasuh saya tu merasa kek yang saya buat Kebetulan, anak sulung pengasuh saya yang saya panggil Kak Yong ada kat rumah. Dia pun rasa kek saya dan mengatakan kek saya sedap Daripada situlah dia minta tolong saya membuat cupcake untuk makan-makan bagi majlis hari lahir anak muridnya di tadika.

Macam mana nak buat cupcake ni...tengoklah resepi di bawah...


250g mentega tulen
200g tepung gandum
160g gula kastor
4 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik
10g serbuk koko
Air panas secukupnya (untuk membancuh serbuk koko)
Chocolate chips secukupnya (optional)

Cara-cara membuatnya

1) Panaskan oven dengan suhu 170-180 darjah celsius dan sediakan muffin tin dengan cupcakenya.

2) Bancuh serbuk koko dengan air panas. Ketepikan.

3) Ayak tepung bersama-sama serbuk penaik. Ketepikan.

4) Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu selama 5-7 minit bergantung kepada jenis mixer yang anda gunakan.

5) Setelah kembang dan gebu, masukkan telur satu-persatu sehingga sebati.

6) Setelah adunan sebati dengan telur, masukkan campuran tepung dan serbuk penaik tadi sedikit demi sedikit sehingga semua tepung habis dengan menggunakan senduk kayu dan kacau dalam satu arah sahaja.

7) Kemudian, masukkan adunan anda ke dalam muffin tin yang telah anda sediakan tadi.

8) Letakkan bancuhan serbuk koko ke atas setiap cupcake dengan menggunakan sudu kecik, selepas itu, anda buat bentuk swirl dengan menggunakan lidi/garpu supaya menjadi seperti gambar di bawah. Jangan terlebih swirl, nanti ntah apa-apa jadi  Lepas tu bolehla ditambah choc chips jika suka.



8) Setelah selesai adunan anda diisi ke dalam semua muffin tin, bolehlah dimasukkan ke dalam oven untuk dibakar





Hasilnya akan jadilah seperti berikut....















Selamat Mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...