Followers

Friday, April 6, 2012

Tempahan Pertama!

Setelah sebulan blog ini dibuat, pada 30.03.12 yang lepas, secara kebetulan ada mendapat tempahan cupcake untuk majlis hari lahir di sebuah tadika. Tapi, jangan silap, customer ni bukannya tahu pasal blog ni sebab nak ambil tempahan daripada saya. Beliau adalah orang yang memang saya kenal setelah sekian lama. Beliau adalah anak kepada pengasuh saya, Makcik Bee, dan anaknya itu saya panggil sebagai Kak Yong. Chocolate Moist Cupcake dengan Icing Buttercream ini adalah cadangan daripada saya sebab katanya dia tak kisah kek apa pun, asalkan sedap. Untuk tempahan pertama ni saya tak ambil banyak untung sangatlah sebab bajetnya pun terhad. Tapi, tak kisahlah yang tu, yang penting saya mendapat kepercayaan untuk membuat cupcake seperti yang dimahukan. Berikut adalah gambar yang disnap untuk tatapan anda semua..peace







Ini gambar cupcake yang belum ditouch-up kenyit





Ini pula close-upnya..





Tara! Dah siap pun ditouch-up dengan Buttercream pink dan kuning





Tempahan daripada Kak Yong adalah sebanyak 50pcs. Makcik Bee juga turut memesan sebanyak 25pcs untuk minum petang. Kalau anda perasan tarikh gambar ini diambil adalah tarikh yang sama cupcake ini ditempah. Kenapa begitu ye? Sebab tempahan ni dibuat pada tengah malam. Pukul 2.00pagi baru siap. Pukul 8.00pagi tu dah nak ambik encem






Dah siap untuk diberikan pada tuannya. Untuk tempahan Kak Yong, beliau mengambilnya sendiri di rumah saya. Tempahan untuk Makcik Bee saya hantar sendiri masa menghantar anak saya ke rumahnya





Akhir kata, terima kasih kepada Kak Yong & Makcik Bee kerana sudi menempah..lain kali bolehla tempah lagi..kek lainlah pulak ye..hehe..sayonara! love struck

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...