Followers

Monday, June 18, 2012

Basic Chocolate Cupcake


Berkurun lamanya tak update blog. Sibuk sangat membuat kek sampai tak nyempat-nyempat nak update blog. Bukanlah sibuk ambik tempahan sangat, sibuk buat untuk dijual di kedai alatulis je. Ada jugak tempahan terbaru, tapi tak banyaklah. Mungkin sampai hujung bulan ni je kot. Bulan Julai nanti dah nak puasa kan. Mana ada orang nak makan kek dah

Disebabkan sekarang agak sibuk membuat kek untuk dijual dan menyiapkan tempahan, maka setakat ni sempat tempek gambar jelah ye, tak sempat nak syer resepi. Ada masa yang terluang nanti, bolehla kita syer resepi pulak


Gambar di atas adalah Basic Chocolate Cupcake yang dijual di kedai alatulis saya. Selama 2 minggu berturut-turut kek ini dijual di kedai saya, sambutannya amatlah menggalakkan. Pada minggu kedua terutamanya, saya letak di meja cashier sebanyak 13 pek, semuanya HABIS TERJUAL!  Seronoknya saya tak terkata! Berbaloi buat kek malam-malam, pukul 2 pagi baru siap semua kerja-kerja membaking  Setiap satu pek ada 2 biji kek dengan harga RM1.60/pek. Kalau nak merasa, bolehla datang ke kedai saya atau buatlah tempahan kalau nak rasa banyak sikit..hehe.. Kat mana kedai alatulis saya, boleh rujuk blog saya yang lagi satu. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...