Setelah 3 bulan menyepikan diri tidak mengupdate blog sampai bulan Syawal pun dah habis, barulah sekarang ada masa nak update entri yang dah begitu lama tertunggak. Anda sendiri boleh lihat tarikh gambar kek di atas diambil. Tempahan ni sebenarnya pada bulan Julai yang lalu, lebih kurang seminggu sebelum puasa. Tempahan daripada Pn. Tina lagi. Ini adalah tempahan kedua daripada beliau. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada beliau kerana sudi mengorder lagi. Kalau hari tu untuk majlis pertunangan, kali ni untuk majlis perpisahan rakan setugas yang bernama Annie. Gambar di atas adalah sebahagian daripada tempahan tersebut iaitu Red Velvet sebanyak 25pcs untuk ucapan "We'll Miss You Annie!!" Kalau tengok wording kat atas nampak macam tak berapa cantik susunannya sebab cuppies ni nanti akan dikeluarkan dari bekasnya dan disusun di atas meja.
Yang ni Red Velvet jugak 25pcs dalam papercup biasa
Bersama-sama Red Velvet, Choc Buttermilk Cupcake juga diorder untuk membanyakkan lagi kuantiti cuppies yang ada. So, dapatlah rakan-rakan sekerja Pn. Tina ni merasa 2 jenis cupcake
25pcs Choc Buttermilk Cupcake dalam souffle cup
25pcs lagi dalam papercup biasa
Kalau anda perasan design topping cuppies di atas semuanya sama macam tempahan yang lepas, cuma sprinklenya lain sikit. Kenapa tak buat design lain? Bukan tak nak buat design lain, cuma untuk topping choc ganache ni pada saya dengan kemahiran yang saya ada setakat ni, itulah je design yang sesuai dan selamat untuk dibuat. Nak buat design lain takut jadi ntah apa-apa Lagipun design ni saya rasa cantik dan simple, senang untuk sprinkle something di atasnya. InsyaAllah, dari semasa ke semasa saya akan mempertingkatkan lagi kemahiran saya dalam design-mendesign ni
Oklah, sampai kat sini je entri untuk kali ni, ada beberapa lagi entri tertunggak yang akan dipublish nanti..check it out!
No comments:
Post a Comment