Followers

Thursday, May 16, 2013

Choc Ganache Je?!



Bertemu lagi kita di myjourneyofbaking . Pada entri yang lepas telah saya katakan kali ini saya mendapat order yang agak pelik dan janggal dan mungkin jarang-jarang atau tak pernah pun orang order sepertimana yang anda dapat lihat seperti dalam gambar di atas.

Gambar di atas adalah sebekas choc ganache yang saya hiaskan sikit dengan sprinkle berbentuk hati. Order ini adalah daripada rakan sepejabat rakan saya, Tina. Macam mana boleh order choc ganache saje ye? Alkisahnya begini...rakan saya Tina membawa cupcake saya ke ofisnya untuk makan-makan. Saya rasa mungkin cupcake yang dibawanya seperti yang saya nyatakan di entri yang lepaslah. Rakannya itu hanya berkenankan toppingnya iaitu choc ganachenya. Jadinya, Tina bertanyakan kepada saya boleh tak kalau nak order toppingnya saje, kata rakannya nak makan begitu sahaja macam makan Nutella tu, main colek-colek gitu. Saya kata, ok je kalau nak choc ganachenya saje, takde masalah, bisa diatur  .

Dengan itu, berdasarkan bajet yang diberi, maka dapatlah sebekas choc ganache lebih kurang 500g saya isikan dalam bekas plastik empat segi sepertimana yang diminta.

So, amacam? Kalau anda di luar sana yang nak makan choc ganache saje, ha, bolehla kalau nak order sepertimana order di atas

Ada order lain lagi tak? Adaaa....entri seterusnya adalah cuppies jugak yang belum pernah diorder oleh mana-mana customer saya sebelum ni. Nak tau cuppies apa? Tungguuuu....Chow!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...