Projek terbaru untuk tahun baru 2014 adalah Choc Sour Cream Cupcake dengan topping Choc Ganache & Cream Cheese. Alhamdulillah, awal-awal tahun lagi dah ada orang yang sudi mengorder. Yang mengorder ni pun regular customer saya, siapa lagi kalau bukan Cik Puan Tina yang bekerja di Hong Leong tu. Kek kali ni adalah atas cadangan saya sendiri. Kalau ikutkan dia nak Red Velvet. Tapi, saya mencadangkan apa kata buat kek coklat dengan topping choc ganache dan cream cheese sekali. Dia pun setuju dengan cadangan saya dan saya pun apa lagi, on jelah!
Ini adalah percubaan pertama membuat kombinasi sebegini. Macam mana dengan rasanya? Mestilah sedap!!
Order kali ni adalah untuk makan-makan di ofisnya. Sempena Maulidur Rasul katanya, saje-sajelah nak bagi kengkawan makan cupcake. Tema all black & white. Idea ni timbul bila tengok kat kedai bakeri ada jual souffle cup black & white polkadot. Nampak cute dan cantik, tanyakan pada Cik Tina, dia kata ok, saya pun terus belilah, apa lagi
Sebelum letak topping cream cheese, kita tuang dulu choc ganache di atas cupcake
Lepas tu barulah letak cream cheese selepas diletakkan dalam peti untuk seketika, bagi ganache tu keras sikit. So, takdelah comot-momot nak letak cream cheese atas ganache tu nanti. Simple deko je dengan marble chips. Sebab bekas pun dah cantik, so, saya rasa tak perlulah deko lebih-lebih sangat
Sedia untuk dihantar ke tuannya. Kali ni dia nak pack individual sebab husbandnya jugak nak bagi-bagikan untuk kawan-kawan ofisnya. Lebih mudah katanya kalau dipack macam tu.
No comments:
Post a Comment