Followers

Saturday, June 28, 2014

Butter Cake Topping Buttercream for Saidatul



Entri yang lepas saya ada menceritakan yang saya ada dapat 2 order dari seorang guru dari SK Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam. So, inilah kek yang lagi satu yang diorder oleh beliau iaitu Butter Cake topping buttercream dengan hiasan menggunakan sedikit fondant. Kek ni bersaiz 10" sebab yang ni untuk anak-anak muridnya yang menyambut birthday dari bulan Januari sehinggalah Jun 2014. Bagus betul cikgu ni ye, moga-moga dimurahkan rezeki sebab rajin menjamu anak-anak murinya http://eemoticons.net 





Kali ni mood blur saya tu datang lagi. Maka, nak dapatkan idea nak deko kek ni punyalah seksa. Tulah, time takde idea tu memang jenuh perah otak. Sehari suntuk memikirkan sampai ke malam camnalah nak deko kek ni kan...tapi akhirnya saya berjaya juga dapat idea dan takde cite banyak terus buat jelah sebelum mata semakin mengantuk. Maklumlah, saya selalu buat keje-keje kek ni malam-malam sebab malamlah waktu paling aman nak buat keje, budak-budak tak kacau, semuanya tido nyenyak walaupun mixer saya buat bising, hihi...http://eemoticons.net



Pikir punye pikir maka jadilah designnye gini http://eemoticons.net









Beberapa gambar yang sempat disnap oleh Pn. Saidatul. Terima kasih sebab sudi share semua gambar-gambar ni dengan saya. Meriahnya birthday party beramai-ramai macam ni! Seronok tengok kek sendiri dihidangkan meriahnya dengan hidangan yang lain juga http://eemoticons.net





Kepada sesiapa yang nak order Butter Cake dengan saya, sudi-sudikanlah. Sape kata Butter Cake tak sedap....Butter Cake pun tak kurang sedapnya jika dibandingkan dengan kek-kek yang lain. Lemak-lemak manis gitu sebab saya hanya menggunakan pure butter untuk semua kek-kek saya kecuali kek spanlah. Kek span tak pakai butter ye http://eemoticons.net



Oklah, saya rasa inilah entri terakhir sebelum kita semua berpuasa esok. Selamat Berpuasa saya ucapkan kepada semua yang akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Tak taulah ada ke orang nak order kek puasa-puasa ni ye. Just wait and see...

Wassalam....http://eemoticons.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...