Followers

Wednesday, October 22, 2014

Minion Fondant Cake - Choc Moist Topping Buttercream for Hidayah


Apabila saya mendapat what's app daripada regular customer saya iaitu Pn. Hidayah mengatakan beliau nak order kek fondant, seronoknyela rasa! http://eemoticons.net Sebab jarang-jarang sangatla dapat order untuk kek fondant ni...bukan dapat order lain tak seronok, sape yang tak seronok bila ada orang nak order kek dengan kita kan....cumanya yang ni agak special sebab order macam ni jarang-jarang sangat saya dapat. Kebanyakannya order kek dengan edible image je ataupun kek yang deko biase-biase je.

Kek ni memang deko fully fondant dan watak Minion masih lagi menjadi pilihan kepada yang meminatinya. Kek seberat 2kg ni diorder untuk birthday anak lelaki Pn. Hidayah yang berumur 4 tahun. Mesti seronok anaknya bila tengok kek dengan deko watak kegemarannya. Ini adalah kek fondant yang ke-2 yang pernah saya buat tetapi Pn. Hidayah dah 3 kali order dengan saya (termasuk dengan order Minion Cake ni).

Terima banyak-banyak kepada Pn. Hidayah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membuat kek fondant untuk anaknya. Pn. Hidayah sebenarnya tidak berkesempatan untuk melihat kek ini sendiri kerana kek ini dihantar ke tadika anaknya untuk disambut bersama-sama rakan-rakan dan guru tadikanya. Maka, saya cuma menghantar gambar kepada Pn. Hidayah untuk tatapan beliau.

Diharap beliau berpuas hati dengan hasil kerja saya walaupun terdapat beberapa kekurangan yang perlu saya perbaiki lagi untuk masa akan datang.


Sampai di sini saje, jumpa lagi di entri seterusnya! http://eemoticons.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...