Followers

Wednesday, October 8, 2014

Rainbow Cake Topping Cream Cheese with Cartoon Drawing for Aida


Order kedua untuk bulan Oktober 2014 adalah dari customer baru saya iaitu Pn. Aida dari Kg. Laksamana, Gombak. Memang dekat sangat dengan kawasan rumah saya, cuma 5 minit jaraknya dari rumah saya. Beliau mengorder Rainbow Cake Topping Cream Cheese saiz 3kg. Request daripada beliau ialah beliau nakkan lukisan kartun seorang budak lelaki berjubah dan berkopiah yang sedang duduk sambil memegang sebuah kereta mainan berwarna merah. Jika anda rasa tak berapa nak clear gambar ni gambar apa, itulah penjelasannya. Al-maklumlah, saya ni tak berapa pandai bab lukis-melukis ni dan inilah kali pertama saya melukis di atas kek menggunakan piping jelly. Ini juga adalah request daripada beliau, nakkan lukisan yang dilukis dengan menggunakan piping jelly. Gambar kartun tu memang beliau dah send kat saya melalui whats app. So, saya tiru jelah setakat mana yang boleh. Beliau pun tak mengharap sangat sebijik-sebijik ikut gambar yang diberi. Janji ada rupa pun dah cukup baik katanya. Jadinye, itulah yang terbaik yang dapat saya buat. Untuk orang yang tak pandai melukis macam saya ni, oklah tu kan...http://eemoticons.net

Tunjuk jugak dulu kat husband dan Pn. Aida sebelum saya lukis betul-betul atas kek. Banyak kali jugaklah lukis kat kertas dulu sebelum lukis atas kek. Agak-agak macam dah confident sikit, barulah lukis atas kek. Mana boleh nak lukis terus....masak la kalau tak jadi kan...http://eemoticons.net


 
Di keliling kek saya tulis dengan menggunakan piping jelly juga dan tempek sedikit gula-gula ala-ala M & M




Terima kasih kepada Pn. Aida kerana sudi order dan menyukai Rainbow Cake saya. Kalau nak order lagi, boleh je, takde masalah http://eemoticons.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...