Followers

Sunday, July 5, 2015

Red Velvet Cake for Shila


Assalamualaikum dan selamat berpuasa dan juga selamat berbuka saya ucapkan kepada yang singgah di blog saya ni. Agak lama juga tidak mengupdate kat sini. Bulan Jun yang lepas cuma 1 order yang saya dapat iaitu kek Upin & Ipin. Maklumlah, hujung bulan lepas kan dah start puasa. Bulan puasa ni jarang orang nak makan kek. Ada juga beberapa orang yang bertanye nak order kek Frozen, tapi semuanya last minit order. Mereka nak yang dah ready made. Tapi, al-maklumlah saya ni cuma buat dari rumah je, so takdelah yang ready made. Semua kek-kek yang saya buat semuanya base on order. Harap anda semua maklum ye.

Bulan puasa dan lebih-lebih lagi sekarang ni dah nak hampir sangat dengan raya, orang lebih sibuk dengan biskut raya. Saya setakat ni belum ada nak buat tempahan untuk biskut raya. Ada juga cubaan membuat biskut raya baru-baru ni, tapi tak nak lagi reveal kat sini sebab masih dalam proses eksperimen. Nanti bila dah betul-betul jadi kita war-warkanlah kat sini ye batting eyelashes. Kalau saya buat pun bukanlah untuk dijual, saje suka-suka buat untuk bawak balik raya ke kampung je nanti happy

Di saat-saat akhir nak sampai penghujung puasa dah ni, ada juga yang mengorder kek untuk birthday. Order pertama untuk bulan Julai adalah daripada Pn. Shila yang dah penah order dengan saya sebelum ni. Order kali ni adalah untuk birthdaynya sendiri sekali dengan ibunya yang tercinta. Mungkin mereka menyambut kelahiran pada bulan yang sama. So, order 1 kek jelah senangkan winking Kek ni akan saya hantar pada petang ini sebelum waktu berbuka. Katanya malam ni sambutan birthdaynya.


Happy Birthday saya ucapkan kepada Pn. Shila dan ibunya. Semoga anda berdua berpuashati dengan kek yang diorder love struck

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...