Followers

Tuesday, February 9, 2016

Heart Shape Choc Sponge Cake Topping Buttercream for Kak Mas


Pertama sekali saya nak ucapkan Happy Chinese New Year kepada yang menyambut Tahun Baru Cina 2016. Cuti sekolah untuk Tahun Baru Cina kali ni lama betul, 9 hari....kepada yang nak ambil kesempatan untuk bercuti panjang bersama-sama keluarga elok sangatlah gunakan cuti ni untuk cuti-cuti Malaysia ataupun cuti-cuti oversea, hihi winking Saya nampaknya pulang ke kampung suami sahaja hari ni dan In Shaa Allah akan kembali semula ke KL pada hari Jumaat. Lagipun masa cuti CNY ni memang takde order melainkan Ahad lepas dan semalam. Nasib baik semua order boleh settle sebelum CNY sebab kedai jual barang bakeri pun tutup sampai Khamis, Jumaat baru bukak balik. So, elok juga takde yang mengorder masa cuti panjang ni, kalau ada pun saya terpaksa menolak sebab nak beli barang-barang kek pun tak boleh kan...

Oklah, berbalik pada order untuk entri kali ini, order untuk 2 hari lepas daripada jiran saya Kak Mas. Beliau mengorder kek ni untuk ulangtahun perkahwinannya.

Terima kasih Kak Mas sudi order kek bentuk love tema purple dan biru. Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan kepada Kak Mas, semoga kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat love struck

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...