Followers

Monday, October 14, 2013

Choc Buttermilk with Fresh Cream

Oleh kerana biz kek saya ni masih lagi setahun jagung, maka saya perlu memperbanyakkan promosi supaya orang tau saya ada menjual kek dan merasa kek saya terlebih dahulu. Jadinya, semenjak dua menjak ni akan banyaklah kek promosi yang saya akan buat untuk mereka yang saya kenal merasa kek saya. Moga-moga berkat saya bersedekah dengan cara begini, adalah orang yang sudi mengorder dengan saya, In Shaa Allah...http://eemoticons.net





Choc Buttermilk with Fresh Cream ni saya buatkan untuk ibu saudara saya yang bekerja di Petronas, KLCC. Ada majlis makan-makan di ofisnya. Jadi, saya buatkanlah kek ini untuknya. Asalnya memang saya nak bagi free je, bagi semua kawan-kawan ofisnya merasa dulu. Mana tau, kot ada yang bekenan dengan kek saya, bolehla order pulak lepas ni. Tapi, dengan baik hatinya ibu saudara saya kata takpelah dia bayar sebab dia janji nak share bayar dengan rakannya. Saya kata, oklah kalau macam tu, tapi awal-awal saya katakan padanya jangan expect kek saya cantik gile macam kat kedai bakeri tu. Dia kata oklah, dia paham, hehe...http://eemoticons.net






Sebelum dibedakkan dan dicantikkan, inilah rupa kek choc ni sebelum dipakaikan "baju" sepenuhnya, hehe http://eemoticons.net





Bila buat kek besar ni, saya paling teruja nak tengok macam manalah rupa dalamnya bila dah dipotong. Saya minta jasa baik ibu saudara saya untuk snap gambar kek saya selepas dipotong. Jadi, inilah rupanya selepas dipotong...






Alhamdulillah, respon yang menggalakkan yang saya dapat dari rakan-rakanya sekerjanya. Kata mereka, kalau kek ni dapat buat lagi moist lebih baiklah. Akan diusahakanlah untuk memperbaiki resepi kek choc ni, In Shaa Allah...

Walaupun begitu, saya masih boleh menarik nafas lega kerana sekurang-kurangnya kek saya boleh diterima oleh kebanyakan orang http://eemoticons.net

Yang paling menarik, bos tempat ibu saudara saya bekerja tu ada request untuk kek durian...hmmm....mesti nak kena cuba buat ni http://eemoticons.net

Adios! http://eemoticons.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...