Akhir-akhir ni sibuk mencuba pelbagai jenis kek yang tak pernah saya buat sebelum ini. Disebabkan kesibukan tersebut, maka banyak entri yang tertangguh. Kali ini saya persembahkan kepada anda Baked Cheese Cupcake. Jarang-jarang orang buat baked cheesecake dalam cupcake kan? Saya mendapat idea ni dari joyofbaking.com . Nak resepinya search "Individual Cheesecake" dalam website tersebut. Tapi saya tak menggunakan resepi dalam website tu, resepinya saya ambil dari website yang lain sebab lagi bekenan dengan resepi tu berbanding yang ada di joyofbaking tu. Resepi asal adalah New York Cheesecake, sepatutnya resepi kek sebiji, saya tukar jadi version cupcake. Memang sedap! Anda mesti cuba membuatnya. Kalau tak nak buat, saya tolong buatkan pun boleh, hehe Boleh order dengan saya dengan harga yang cukup istimewa
Cheesecake yang begitu menyelerakan...nyam, nyam!
Ini pula keratan rentas cheese cupcake ni...Nampak sedap tak? Kepada penggemar-penggemar cheesecake mesti tak tolak punyelah
No comments:
Post a Comment