Followers

Tuesday, February 18, 2014

Choc Moist ke Mocha?


Sebelum dapat order cuppies Sofia The First Princess yang lepas, saya menyibukkan diri bereksperimen dengan mocha cupcake pulak. Tapi resepi yang saya cuba ni resepi choc moist. Boleh dapatkan resepi kat sini iaitu dari blog Mat Gebu. Resepi ni lain sikit daripada resepi choc moist biasa sebab ada letak sedikit nescafe. Sebab tu saya kata kek ni kek mocha sebab campuran choc dan kopi kan jadi mocha. Tapi resepi yang saya cuba ni tetap resepi choc moist sebab sikit je nescafenya. Kalau mocha, kuantiti kopinya banyak, baru boleh rasa kopinya. 



Setelah mencuba resepi ni, ok jugak rasa kek choc yang ada rasa sedikit pahit daripada kopi. Serbuk kopi yang walaupun sedikit je iaitu 1/2 sudu teh, boleh menambahkan lagi keenakan rasa coklat tu. Nanti bila saya dah dapat resepi mocha cake yang sebenar-benarnya dan dah try buat, saya akan sharekan kat sini. Entri kali ni untuk cuci mata jelah ye http://eemoticons.net

Kenapa rajin sangat nak bereksperimen ni...saje jelah kan nak cuba rasa yang lain pulak dalam kek choc sambil-sambil nak menghabiskan topping cream cheese yang ada. Kalau simpan lama-lama rosak pulak, dah membazir. Kek ni memang bertambah sedap bila diletak topping cream cheese. Gabungan antara choc dan cream cheese memang jarang mengecewakan.

So, apa lagi peminat kek di luar sana, cuba jangan tak cuba! http://eemoticons.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...