Followers

Sunday, March 2, 2014

Chocolate Indulgence Cake



Alhamdulillah, akhirnya semalam saya berpeluang membuat dan menyiapkan sepenuhnya Chocolate Indulgence Cake ala-ala Secret Recipe. Tak sangka first attempt ni memang sedap rasenye!!http://eemoticons.net Keknya saya dah siapkan dari hari Rabu lagi. Untuk layernye dan topping saya siapkan sepenuhnya semalam. Kek ni saya buat untuk hari lahir anak perempuan saya yang berumur setahun pada 27hb Februari yang lalu. Sebab first time buat, saya rasa kek ni macam tak berapa jadi semasa menyiapkan mousse untuk filling kek ni. Bila dah rasa tak confident saya potong siap-siap tanpa meletakkan topping choc ganache di atasnya. Nak tengok jugak camnalah rupe kek ni bila dipotong, jadi ke dak...tambah dengan tak sabar nak makan jugak sebenarnya, hahaha!! http://eemoticons.net






Asalnya nak menyambut di rumah mak pada hari ini dengan membawa indulgence nilah. Tapi, sebab tak berapa confident dengan rupa dan rasa kek, maklumlah first time buat, saya bercadang nak beli kek lain jelah nanti untuk dihidangkan kepada ahli keluarga yang lain. Nak buat lagi tak sempat dah. Nak resepi boleh dapat di stephylicious atau rasa2selera. Saya guna resepi dari stephylicious. Tapi, saya tak betul-betul ikut, saya ubah sikit kuantiti sesetengah bahan-bahannya. Tapi, secara keseluruhannya kira ikut yang tulah. Alhamdulillah, hasilnya ok, walaupun terdapat beberapa kekurangan dari segi tekstur kek dan moussenya. Tapi, untuk pertama kali, kira oklah. Rasanye memang sedap!! Hampir-hampirlah dengan rasa Secret Recipe punye http://eemoticons.net





Bila saya dah betul-betul puas hati dengan hasilnya pada masa akan datang, saya akan share resepi version saya, ikut citarasa saya pulak. Kalau sesiapa yang nak mencuba tu, boleh klik link yang disertakan seperti di atas.



Selamat mencuba! http://eemoticons.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...