Followers

Tuesday, September 23, 2014

Choc Sponge Cake Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Achim


Kembali kita kepada tema Frozen lagi...order ni adalah daripada rakan sekampus saya Achim yang tinggal jauh juga di Bangi mengorder Choc Sponge Cake topping buttercream untuk 2 orang anak perempuannya. Kek ni dibawa balik ke Melaka pada 15 September iaitu pada cuti sekolah yang lepas.




Kek ni sebenarnya ada kesilapan teknikal sikit...terkilan jugak saya tak dapat nak buat seperti yang dihajatkan oleh rakan saya Achim ni. Asalnya beliau suruh saya lukiskan gambar watak Olaf Frozen sebab sebelum ni beliau penah order kek yang ada edible image tapi anak-anaknya tak makan pun edible image tu. So, sebagai option lain, beliau suruh saya lukis je pakai buttercream. Saya ni pulak almaklumlah tak berapa reti bab melukis-lukis ni. Jadinye, saya buatlah lukisan atas kertas minyak, tekap gambar Olaf yang saya dah print sebelum tu. Teknik ni dinamakan "Transfer Frozen Buttercream". Saya tengok cara membuatnya di Youtube. Nampak memang mudah, tapi nak bagi menjadi tu kena praktis jugaklah.

Pertama kali saya buat cara ni, tak berapa menjadi, lukisan saya tak berapa cantik jadinye. Nak gantikan gambar yang tak jadi tu, saya cepat-cepat la ke kedai bakeri beli je edible image Frozen yang sesuai. Nasib baikla ada stok. Kalau tak, tepaksela saya buat deko biase-biase je ataupun gantikan dengan karektor yang lain. 

Kepada Achim, saya mohon ampun dan maaf sebab tak dapat nak buat seperti yang dikehendaki. Lain kali kena observed betul-betul dengan teknik baru.

Takpelah, jadikan ini sebagai pengajaran dan pengalaman dalam mengexplore pelbagai teknik dalam mendeko kek ni.

Sekian untuk entri kali ni, jumpe lagi esok! http://eemoticons.net 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...