Followers

Thursday, September 25, 2014

Specially for My Kids! - Pandan Sponge Cake Topping Buttercream with Edible Image Transformers


Anak saya yang nombor 2 penah kata kat saya, mama ni asyik buat kek cantik-cantik untuk orang lain je, buatla untuk kitaorang jugak. "Kitaorang" tu mewakili dia dan abangnyelah. Semasa tengah free dan order pun semua dah settle minggu lepas, saya pun buatlah kek span pandan dengan topping buttercream ni untuk diaorang. Agaknye cantik tengok edible image yang ada di atas kek-kek yang saya buat sebelum ni, diaorang pun nak jugakla ada kek gambar-gambar ni. Yang adik nak Spiderman, yang abang nak Transformers. Saya kata, pilih salah satu, kalau tak mama tak nak buat kek untuk korang. Akhirnya si adik mengalah, Transformers pun Transformerslah....






Kek Span Pandan ni adalah permintaan dari anak sulong saya, Azim. Yang adiknya tak kisah sangat kek apa pun, bedal je. Disebabkan order sebelum tu saya letakkan blueberry untuk layernya, ada lebihan, saya campurkan sekali filling blueberry tu dengan buttercream. Nampak ada ruang kosong lagi keliling kek, saya letak la sekali nama anak bongsu saya, Ain.

Maka, tertunailah hajat saya juga nak buatkan kek untuk anak-anak saya sendiri. Walaupun takde apa-apa special occasion, tak kisahlah kan, janji buat http://eemoticons.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...