Followers

Sunday, March 29, 2015

Choc Moist Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Norijah


Ini pula kek ketiga untuk minggu selepas cuti sekolah ini iaitu kek Frozen yang diorder oleh Pn. Norijah untuk anak perempuannya yang berumur 5 tahun juga. Kek ini juga diorder untuk sambutan birthday di tadikanya. Pakat-pakat buat birthday party semuanya lepas cuti sekolah ek...memang syokla nak pegi sekolah sebab sampai-sampai sekolah je ada birthday party. Bagus jugak macam tu kan, sampai sekolah je ada kek birthday....pembakar semangat untuk bersekolah semula setelah seminggu bercuti, tak gitu? happy




Happy Birthday diucapkan kepada Putri Auni Sorfina. Semoga anda seronok dapat kek Frozen yang diidamkan dan terima kasih juga kepada Pn. Norijah sebab sudi order.


In Shaa Allah, jika ada rezeki, ada lagi order yang mendatang untuk kek Frozen pada awal bulan April nanti. Diharap pembaca-pembaca blog ni tak rasa jemu asyik dok tengok kek frozen je kan...sad


Apalah daya saya, sudah itu yang digemari ramai. Saya cuma turutkan saje kehendak customer. Yang penting semua orang gembira dengan kek yang diidamkan dan saya juga tumpang gembira dengan kegembiraan anda semua big grin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...