Followers

Friday, March 6, 2015

Red Velvet with Edible Image Frozen for Saleem


Sehari selepas dapat order untuk Monster High Theme Cake, keesokannya dapat pulak last minit order daripada rakan baik suami saya iaitu En. Saleem. Beliau mengorder Red Velvet dengan edible image Frozen. Lama juga dah tak dapat order untuk edible image Frozen ni... batting eyelashes

Mesti anda pelik kenapa tertulis di atas kek ni 1 nama, tapi 3 usia? Pelik kan?! thinking  

Kek ni diorder oleh ayahnya untuk 3 orang anak-anak perempuannya. So, 3 orang sambut birthday sekali le ni. Ketiga-tiga anaknya bernama Jannah pada permulaan nama masing-masing. Nama belakang je lain-lain. Tu sebab tulis macam tu. Sampaikan supplier saya yang buat edible image ni pun pelik bila saya suruh tulis macam tu....hihi....big grin Yelah, takkan sorang ada 3 usia pulak kan, haha! Kan pelik tu...cool

Apa-apa pun En. Saleem sekeluarga memang berpuas hati dengan deko dan rasa kek saya. Walaupun pada asalnya beliau nak kek Russian Black & White, tapi disebabkan masalah teknikal pada kek, saya terpaksa menggantikan dengan kek Red Velvet. Mintak maap laaaa bebanyak!! Kesilapan yang berlaku tidak disangka-sangka. Mungkin lain kali boleh saya buatkan untuk mereka kek yang mereka mahukan.

Happy Birthday to all you girls! love struck

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...