Followers

Monday, April 20, 2015

Choc Moist Cake Topping Fresh Cream


Assalamualaikum & selamat petang diucapkan pada anda semua pengunjung blog ini....big grin 

Udah minum petang ke? Kalau belum, apa kata kita makan Choc Cake dengan Topping Fresh Cream ni, hihi...drooling Suka mengajak orang untuk menggemukkan badan jelah saya ni yewinking

Takdelah macam tu...saje je post kek kali ni sebab minggu ni takde projek dari customer, kita buatlah projek sendiri. Sambil-sambil nak menghabiskan topping fresh cream yang ada dalam peti, bolehla bereksperimen dengan resepi baru. Masa takde order ni la nak bereksperimen, kalau ada order, busy la pulak nak nyiapkan order kan....




Resepi yang saya eksperimenkan ni bukanlah resepi baru yang saya dapat di internet atau saya dapat dari sesiapa, resepi yang sama yang saya selalu guna selama ni untuk Choc Moist Cake, cuma ada modified sikit untuk meningkatkan lagi kualiti kek saya. Alhamdulillah, menjadi eksperimen saya dan saya amat-amat berpuas hati dengan hasilnye dan confirm saya akan gunakan resepi ni untuk Kek Choc Moist saya untuk order-order saya selepas ini. Ada juga penambahbaikan dari segi bahan, ada beberapa bahan yang saya tukar brandnye untuk mendapatkan kualiti yang lebih baik.

Yelah, R & D ni penting untuk meningkatkan lagi kualiti produk kita kan...so, dari semasa ke semasa mesti kena buat R & D supaya kualiti produk kita menjadi lebih baik. Selain tu, R & D jugak penting untuk membuat produk baru.

Ada juga nak buat produk baru, tapi tulah, masih lagi dalam peringkat eksperimen. Kalau ada nanti, kita war-warkanlah di sini dan di facebook batting eyelashes





Mmmm....nyam! nyam! Nampak best kan kek ni drooling Buat minum petang ni memang sedap! Topping fresh cream ni memang sedap dengan mana-mana kek pun sebab dia tak muak dan tak berapa manis sebab ianya adalah krim yang diperbuat daripada produk bukan tenusu. Dalam Englishnye Non-Dairy Whipped Cream. Boleh klik sini untuk keterangan lanjut pasal krim ni. Krim ni memang berbeza dengan buttercream yang biase untuk kek-kek birthday tu. Cumanye krim ni lebih sesuai untuk indoor punye majlis sebab krim ni cepat cair. So, kepada sesiapa yang nak order dengan topping macam ni kena bagi info lebih lanjut tentang majlis tu nak buat kat mana dan nak dibawa ke mana kek tu. 


Oklah, sampai sini je, selamat menjamu mata kepada yang tak dapat makan kek untuk minum petang hari ni, haha (jahatnye saya, hihi pirate*) Kalau ada sesape yang teringin nak rasa kek seperti gambar di atas, jangan lupe terus what's app/sms/call saya Faeza di 013-6299 005 call me


Jumpe lagi next entri! wave

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...