Followers

Monday, August 17, 2015

Marble Butter Cupcake untuk Doorgift & Makan-makan for Anim


2 hari lepas saya ada kata saya dapat order cupcake yang paling banyak dalam sejarah penglibatan saya dalam bidang baking membaking ni. Haa, inilah dia ordernya! Sebanyak 200pcs Marble Cupcake untuk doorgift. 100pcs saya warnakan biru putih dan lagi 100pcs saya warnakan pink putih. Ini adalah permintaan daripada adik ipar saya sendiri Anim. Doorgift ni semua adalah untuk majlis aqiqah untuk 2 orang anak sedara, sorang laki, sorang pompuan. Tu yang ada 2 color, biru dan pink.







Untuk pengetahuan anda semua, majlis aqiqah ni disekalikan dengan majlis birthday anak sedara juga iaitu anak sulong kepada adik ipar saya tadi, Sarah Ariana namanya berumur 2 tahun. Majlis aqiqah ni pulak untuk adik lelakinya yang baru berumur 2 bulan, Saif Akif. Anak sedara saya Sarah ni memang suka sangat dengan Mickey & Minnie Mouse, sebab tu saya letak kat topping tu sprinkle Mickey Mouse happy


Untuk birthday Sarah takkan takde kek kot...eehh...mestilah ada...saya juga tukang membuatnya, hihi...batting eyelashes Nak tau kek apa untuk birthday Sarah? Tengok entri esok ye, bye! big grin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...