Followers

Tuesday, September 8, 2015

Choc Sponge Cake Topping Buttercream with Edible Image Ultraman & Brownies with Almond Sprinkle for Erin


Order pada hari merdeka yang lepas iaitu pada 31 Ogos saya mendapat 3 order daripada rakan saya Erin. Beliau mengorder 2 biji kek 1kg dan 2kg iaitu Choc Sponge Cake Topping Buttercream dengan edible image Ultraman untuk anaknya Rifqi yang berumur 5 tahun. Gambar yang mula-mula tu yang 1kg. Kenapa ada 2 kek? Yang 1kg untuk dibawa ke tadika, yang 2 kg untuk dibawa ke nursery





Disebabkan kek untuk dibawa ke tadika hanyalah 1kg, maka Erin mengorder juga Brownies dengan Almond Sprinkle yang dah siap dipotong untuk cikgu-cikgu di tadika. Takut tak cukup katanya untuk cikgu-cikgu. Tu yang tambah sikit dengan brownies.


Maka selesailah semua misi membaking di sepanjang seminggu sebelum merdeka. Kepada yang bercuti baru-baru ni seronoklah ye dapat pegi melancong bersama keluarga atau pulang ke kampung.

Saya cuma menyambut merdeka dengan kek-kek saya jelah. Nak bejalan, takde kesempatan dan bajet lagi. Walaupun sebenarnya banyak order saya dapat pada bulan merdeka ni bersamaan dengan bulan Syawal dan Zulkaedah 1436. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana memberi rezeki sebanyak ini. Mungkin pada orang lain apalah sangat setakat 22 order sebulan, tapi pada saya sepanjang pembabitan saya dalam membaking kira banyak le tu untuk sebulan kan. Bermula pada 2012 dulu, nak dapat order sebulan sekali pun susah, tapi sejak tahun 2014, Alhamdulillah, tiap-tiap minggu ada je order. Mungkin sebab sebelum ni saya takde buat marketing sangat. Yelah, baru nak mula, takut nak war-warkan sangat. Bila dah buat marketing sikit, dengan izin Allah, adalah order kalau tak tiap-tiap minggu pun at least adalah tiap-tiap bulan.

Walaubagaimanapun, banyak lagi perkara-perkara yang saya perlu perbaiki terutamanya dari segi deko dan daya kreativiti mesti dipertingkatkan lagi.

Akhir kata, terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada semua customer, rakan-rakan, jiran dan saudara-mara saya yang selama ini menyokong dan memberi kepercayaan kepada saya untuk membuat kek untuk anda semua. Tanpa sokongan anda semua saya takkan ada keyakinan dan keberanian untuk meneruskan biz ini. Segala kekurangan saya minta halal dan doakan saya semoga saya terus sukses! happy

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...