Followers

Monday, November 9, 2015

Red Velvet Mini Pack for Saleem


Order terakhir untuk bulan Oktober yang lepas iaitu Red Velvet Cake Mini Pack saiz 7 inci. Order ni memang betul-betul order terakhir untuk bulan Oktober sebab kek ni diberi pada tuannya pada 31/10/15.

Order daripada rakan baik husband saya, Saleem order 2 pek je Red Velvet Mini pack sebab nak ilangkan mengidam nak makan Red Velvet drooling Kalau ikutkan jarang-jarang saya buat mini pack macam ni sebab saya jual base on adunan, 1 adunan dapatlah 4 pek. Maknenye kalau nak untung, saya kena juallah semua 4 pek tu. Kalau nak 1 ke, 2 je ke, memang biasenye saya tak buat. Tapi, disebabkan ini adalah special request daripada rakan baik husband, saya buat jugaklah walaupun sebenarnya beliau nak 2 pek je. 

Cadangnya naklah war-warkan kat sape-sape dekat-dekat rumah, kot ada yang nak lebih 2 pek tu, sudahnye, tak sempat pun nak bagitau sape-sape, dah habis lagi 2 pek tu kitaorang makan sekeluarga big grin Kebetulannya husband dan anak-anak memang suka Red Velvet, so kata husband tak payah juallah, kita makan sendiri je. Dalam masa 1 hari sahaja habis dua-dua pek tongue 

Kesimpulannya, sekali-sekala bagilah ahli keluarga sendiri seronok jugak kan, asyik buat untuk orang je, haha....itulah kata-kata keramat yang selalu keluar dari mulut anak-anak winking Diaorang selalu jeles tengok kita dok buat kek cantik-cantik untuk orang lain, untuk diaorang takde pun....yelah sangat takde, saje je nak suruh kita buat selalu untuk diaorang. Tak boleh macam tu, nanti 1 famili kena kencing manis! 

Dessert memang sedap, tapi biarlah seimbang dengan makanan lain jugak happy

Kita stop sini dulu, jumpe lagi esok! love struck

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...