Followers

Thursday, March 17, 2016

Butter Macadamia Cake


Butter Macadamia Cake...mungkin agak pelik di pendengaran anda. Tapi, kalau anda biasa makan White Choc Macadamia Cake kat Secret Recipe, ha, lebih kurang tulah kek ni. Taklah pelik mana pun tongue Kek ni saje-sajelah saya buat untuk makan-makan sekeluarga sebab ada lebihan fresh cream dan kacang macadamia daripada order-order yang lepas. Sambil-sambil try resepi baru untuk kek butter jugak ni. Sebab ada sesetengah customer komen kek butter saya ni tak berapa lembut sangat, jadi saya cubalah resepi lain yang boleh membuatkan kek butter saya ni lembut sikit. Alhamdulillah, resepi butter cake yang baru saya cuba ni nampaknya ada kelainan sikit daripada resepi saya sebelum ni. Diharapnya customer akan lebih berpuashati dengan kek butter saya selepas ini ek love struck

Nak story sikit pasal Macadamia Cake ni. Kalau ikut research saya di internet, Macadamia Cake ni memang macam-macam version, ada yang buat kek span, ada yang buat kek butter, malahan ada juga yang buat kek choc. Kenapa namanya Macadamia Cake, sebab dalam krim antara layer kek ada diletakkan kacang macadamia. Takdelah macam istimewa sangat kan....cumanya yang buat jadi macam kek ni nampak grand, harga kacang macadamia ni agak mahal dari kacang-kacang lain seperti pecan, walnut dan almond. Frosting atau toppingnya juga boleh buat macam-macam juga sama ada fresh cream, butter cream, choc ganache hatta cream cheese pun takde masalah, ikut citarasa masing-masing.

Ha...dah paham kan cite pasal Macadamia Cake....kalau dah tau dan paham, pada sape-sape yang berminat dengan kek yang ada kacang macadamia di dalamnya, bolehla whats app saya Faeza 013-6299 005 untuk order! call me

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...