Followers

Thursday, August 28, 2014

Dessert of the Day - Carrot Walnut Cake


Disebabkan ada lebihan cream cheese daripada order-order yang lepas, maka rasa macam nak buat Carrot Walnut Cake. So, saya googlelah kat internet mencari resepi Carrot Cake yang sesuai dengan citarasa saya dan saya rasakan menarik untuk dicuba. Lama sangat dah tak buat carrot cake ni. Last sekali taun lepas, itupun buat main-main je sebab nak abiskan stok kismis, walhal saya paling tak suka kalau dalam kek ada kismis, memang saya tak suka. Sebab tu saya tak berapa suka kek buah. Daripada kek buah, saya lebih suka nak makan dan buat carrot cake. Tapi, kalau ada yang minat nak order, takde masalah, saya boleh buatkan.

Carrot Walnut Cake yang saya buat ni bukan sahaja ada carrot dan kacang walnut...ada 2 lagi bahan tambahan untuk membuatkan carrot cake ni rasa unik sikit (pada sayalah, pada orang lain, ntahlah http://eemoticons.net ). Bahan-bahannya adalah nenas dan kelapa kering. Serius sedap bila digabungkan 4 bahan ni bersama - carrot, walnut, nenas & kelapa kering, tambah pulak dengan topping cream cheese, memang layan! http://eemoticons.net

Bukan saje nak puji kek sendiri, tapi kalau anda sendiri nak tau, bolehla order...

Jangan marah....http://eemoticons.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...