Followers

Tuesday, August 5, 2014

Choc Cake with Buttercream Deko Hello Kitty for Hidayah


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca blog ni (kalau ada http://eemoticons.net ). Hari ni dah masuk hari raya yang ke-9. Bulan-bulan raya ni mesti ramai yang buat open house. Saya? Saya takdelah buat open house. Tapi, kalau-kalau ada yang sudi nak datang rumah, takde masalah http://eemoticons.net





Musim-musim raya ni, selain dari tempahan kek untuk raya, ada jugak yang tempah untuk majlis hari lahir. Saya belum lagi ada tempahan untuk hari raya. Inilah tempahan saya yang pertama selepas raya. Balik je dari kampung Khamis lepas, Jumaat tu terus membaking untuk dihantar pada hari Sabtu. Tempahan ni adalah dari Pn. Hidayah yang duduk dekat je dengan kawasan rumah saya dan beliau menempah kek coklat topping buttercream saiz 10" dengan deko Hello Kitty. Deko Hello Kitty tu saya gunakan fondant, begitu juga dengan wordingnya. Beliau mendapat contact saya dari blog saya yang tak seberapa ni...







Alhamdulillah, pada hari yang sama, saya mendapat feedback yang sungguh melegakan hati. Maklumlah, ini adalah order pertama dari Pn. Hidayah. Terima kasih kepada Pn. Hidayah kerana sudi order. Lain kali boleh order kek lain pulak!


Adios! http://eemoticons.net 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...