Followers

Monday, August 25, 2014

Choc Cake Topping Buttercream with Edible Image Ironman for Nor Aidil


Taun 2014 ni banyak betul tempahan untuk kek edible image. Ramai yang suka kek letak gambar-gambar ni rupenye. Cantik agaknya. Walaupun harga agak mahal bila ada edible image ni, tapi sekali-sekala kan apa salahnya belanja lebih sikit untuk yang tersayang http://eemoticons.net 

Saya sendiri pun teringin jugak nak buat kek macam ni untuk anak sendiri, tapi tak buat-buat. Dok bertangguh dan sibuk menyiapkan kek orang lain, sampai tak sempat nak buat birthday kek untuk anak sendiri. Sabar ye Adib, mama sibuk sikit sekarang http://eemoticons.netDah free sikit nanti mama buatkan untuk Adib.





Adik Iqbal yang berumur 3 tahun ni minat dengan Ironman agaknye. Jadinya, ibunya pun menghadiahkan kek coklat bertemakan Ironman. Saya suka jugak tengok Ironman ni. Cuma Ironman 3 tak berkesempatan lagi nak tengok. Tapi kata suami dan anak-anak Ironman 3 tak berapa best. Tu yang buat saya tak berapa nak tengok, hihi....http://eemoticons.net Lagipun, dah umur macam saya ni dah tak berapa minat nak layan movie, tengok je apa yang ada kat tv tu. Bujang dulu bolehla, pantang ada movie baru je mesti ke panggung. Sekarang, malas dah. Ada budak kecik pulak, macam mana nak ke panggung http://eemoticons.net




Alhamdulillah, respon daripada Pn. Nor Aidil amat-amat saya hargai http://eemoticons.net




Oklah, setakat ni saje entri untuk kali ni. Jumpe lagi next entri! http://eemoticons.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...