Followers

Tuesday, December 9, 2014

Choc Moist Cupcake Topping Buttercream for Rina


Dalam banyak-banyak order yang saya dapat, order nilah yang paling special yang penah saya dapat. Nak tau kenapa? Sebab inilah order yang paling jauh yang penah saya dapat iaitu daripada Kuala Kangsar, Perak...Amboi, amboi...tak cukup ambik order jauh-jauh dari Shah Alamlah, Kinraralah, Bangilah, Kuala Kangsar pun deliver jugak ke?! B-) 

Hahaha!!! Ish, takdelah nak hantar sampai Kuala Kangsar, hilang akal ke nak hantar sampai ke sana dari Gombak ni...kalau sambil-sambil balik kampung, lainlah kan...ini purposely untuk hantar kek, tak mungkinlah, hihi...;)



Order ni adalah daripada Cik Rina yang tengah study di Kuala Kangsar. Beliau mendapat contact saya dari blog nilah. Mungkin memang kami ni ada jodoh, secara kebetulan kek yang diorder ini adalah untuk buah hati kesayangannya yang tinggal 5 minit je dari rumah saya. Order ini juga ada ceritanya sendiri dan memang penuh dengan drama sebelum sampai ke tangan tuan yang sepatutnya menerima cuppies yang istimewa ini. Apa yang drama sangat tu? Drama tu biarlah menjadi rahsia antara saya dan Cik Rina sebab kalau nak cerita pun panjang sangat. Yang penting, hajat Cik Rina untuk memberi hadiah istimewa untuk buah hati tersayang dah pun terlaksana.


Diharap Ustaz Hanif berpuas hati dengan rasa kek saya dan terima kasih banyak-banyak kepada Cik Rina kerana sudi order dari kejauhan sana :x

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...