Followers

Thursday, October 4, 2012

Choc Buttermilk Cupcake Edible Image Cars for Kristina


Assalamualaikum..berjumpa lagi kita untuk melihat tempahan kek apa pulak yang nak ditempekkan di sini  Tempahan yang diterima last minute juga dan membuat saya agak kelam-kabut mencari edible image "Cars" yang dah siap. Alhamdulillah, mujurlah ada kedai bakeri yang menjual edible image "Cars" yang saya nak tu. Untuk pengetahuan anda semua, tempahan ini saya terima pada minggu yang sama dengan entri yang lepas. Tempahan entri yang lepas saya dapat pada 27.08.12, tempahan ini pula pada keesokan harinya. Dengan itu, 3 hari berturut-turutlah saya bertungkus-lumus menyiapkan cuppies yang ditempah. Memang penat..tapi puas hati sebab dalam keadaan kelam-kabut membuat macam-macam kerja rumah, sempat lagi saya menyiapkan tempahan yang ada. Alhamdulillah, rezeki selepas raya

Macam mana boleh dapat cepat sangat tempahan tu ye? Tempahan ni tak dirancang pada mulanya. Tempahan oleh Cik Kristina iaitu kawan kepada kawan saya Pn. Tina tu bertanyakan kepada saya boleh tak kalau buat kek yang ada edible image. Saya kata boleh, tapi kena tempah dulu edible imagenya. Tapi, saya kata saya cuba cari dulu kat kedai bakeri kot ada yang dah ready made. Alhamdulillah, dah memang rezeki saya agaknya, dapatlah saya cari edible image yang dikehendaki dan terus procede je tempahan tu.




Tempahannya tak banyak, cuma 24pcs je Choc Buttermilk Cupcake dengan topping choc ganache. Tapi takpe, kuantiti tak penting, yang penting, kepercayaan orang kepada kita untuk buat cupcake untuknya.




Cuppies ni semua adalah untuk majlis hari lahir anak sedara lelaki Cik Kristina. Kalau ikutkan anak sedaranya tu nak gambar "Avengers". Tapi, saya kata "Avengers" susah nak cari yang ready made, kena tempah dulu biasanya. Nasib baik ada option lain - "Cars". Setelah diletakkan choc ganache, saya tempekkan dengan edible image dan hiaskan sikit dengan buttercream sebagai bordernya.




Cuppies ini diserahkan pada 30.08.12 iaitu sehari sebelum merdeka. Saya tak pasti bila sebenarnya majlis tersebut diadakan, tapi 2 hari selepas itu, saya mendapat sms darinya mengatakan kek saya memang sedap! Syukur saya tak terkata kepada Allah S.W.T pada ketika itu dan senyum sampai ke telinga  Seronok betul saya rasa sebab ini adalah percubaan pertama membuat cuppies design yang macam ni dan Alhamdulillah saya berjaya!  

Akhir kata, terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Cik Kristina dan semoga cuppies yang saya sediakan memuaskan hati semua yang menikmatinya dan dengan adanya cuppies tersebut dapat memeriahkan lagi majlis hari lahir yang diadakan..    Chow!

Wednesday, September 26, 2012

Choc Buttermilk Cupcake for Tina..Again :D

Alhamdulillah saya ucapkan sebagai pembuka kata untuk entri kali ni dan terima kasih sekali lagi kepada Pn. Tina, rakan sekampus saya kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk buat cupcake untuk majlis perpisahan rakan sekerjanya lagi, tapi ini rakannya yang lainlah pulak ye

Tempahan yang ketiga ini adalah last minute order sebanyak 50pcs, beberapa hari sebelum merdeka hari tu. Memang tak sempat nak pikir apa, buat je design yang terlintas di kepala dan guna je apa bahan yang sedia ada.   Lagipun, kata kawan saya ni tak kisah sangatlah pasal design, janji rasa keknya tetap maintain  





Kata kawan saya ni lagi, rakan-rakan sekerjanya agak menyukai rasa kek saya sebab sebelum ni diaorang dah penah rasa, jadi tak puas makan, maka Choc Buttermilk ni memang menjadi pilihan lagi untuk majlis perpisahan kali ini. Alhamdulillah, dengan kemahiran saya yang baru setahun jagung ni, ada jugak orang yang suka dengan kek saya. Saya bersyukur sangat-sangat kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang dan masa untuk saya membuat kek yang terbaik untuk mereka yang menggemarinya. Terima kasih banyak-banyak sekali lagi kepada yang menyukai kek saya.

Jika anda gembira menikmati kek saya, saya lebih rasa gembira dan berbesar hati untuk membuatnya. Walaupun penat, tapi puas kerana dapat menyediakan sesuatu yang sedap untuk dinikmati bersama 

Sekian untuk kali ini..Wassalam...

Tuesday, September 18, 2012

Red Velvet and Choc Buttermilk Cupcake for Tina


Setelah 3 bulan menyepikan diri tidak mengupdate blog sampai bulan Syawal pun dah habis, barulah sekarang ada masa nak update entri yang dah begitu lama tertunggak. Anda sendiri boleh lihat tarikh gambar kek di atas diambil. Tempahan ni sebenarnya pada bulan Julai yang lalu, lebih kurang seminggu sebelum puasa. Tempahan daripada Pn. Tina lagi. Ini adalah tempahan kedua daripada beliau. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada beliau kerana sudi mengorder lagi. Kalau hari tu untuk majlis pertunangan, kali ni untuk majlis perpisahan rakan setugas yang bernama Annie. Gambar di atas adalah sebahagian daripada tempahan tersebut iaitu Red Velvet sebanyak 25pcs untuk ucapan "We'll Miss You Annie!!" Kalau tengok wording kat atas nampak macam tak berapa cantik susunannya sebab cuppies ni nanti akan dikeluarkan dari bekasnya dan disusun di atas meja.






Yang ni Red Velvet jugak 25pcs dalam papercup biasa






Bersama-sama Red Velvet, Choc Buttermilk Cupcake juga diorder untuk membanyakkan lagi kuantiti cuppies yang ada. So, dapatlah rakan-rakan sekerja Pn. Tina ni merasa 2 jenis cupcake





25pcs Choc Buttermilk Cupcake dalam souffle cup




25pcs lagi dalam papercup biasa





Kalau anda perasan design topping cuppies di atas semuanya sama macam tempahan yang lepas, cuma sprinklenya lain sikit. Kenapa tak buat design lain? Bukan tak nak buat design lain, cuma untuk topping choc ganache ni pada saya dengan kemahiran yang saya ada setakat ni, itulah je design yang sesuai dan selamat untuk dibuat. Nak buat design lain takut jadi ntah apa-apa   Lagipun design ni saya rasa cantik dan simple, senang untuk sprinkle something di atasnya. InsyaAllah, dari semasa ke semasa saya akan mempertingkatkan lagi kemahiran saya dalam design-mendesign ni

Oklah, sampai kat sini je entri untuk kali ni, ada beberapa lagi entri tertunggak yang akan dipublish nanti..check it out!

Friday, July 6, 2012

Chocolate Buttermilk Cupcake for Tina



Tempahan seterusnya daripada rakan sekampus juga iaitu Pn. Tina. Chocolate Buttermilk Cupcake dengan topping choc ganache. Alhamdulillah, percubaan mengwhip choc ganache kali ni menjadi . Tak sia-sia menggodek choc tu dekat sejam nak dapatkan kelikatan yang sesuai supaya dapat whipkan kat atas kek. Berdebar-debar menyiapkan tempahan ni, yelah, takut tak berapa jadi macam tempahan yang lepas. Macam nak matikan bom debarannya tu!  Tempahan ni adalah untuk doorgift majlis pertunangan jirannya. Sebanyak 40pcs cupcake telah ditempah. Kata kawan saya ni, asalnya memang untuk bagi kat tetamu-tetamu yang datang, bila tuan rumah tengok kek tu langsung berkenan, sebahagian daripadanya dijadikan hantaran pertunangan Lebihan cupcake yang tinggal diberi kepada tetamu-tetamu VIP sahaja. Yelah, kalau nak bagi semua memang tak cukup. Kurang-kurang kena order 100pcs baru boleh bagi semua orang. Alhamdulillah, selain puas hati dengan dekonya, jirannya kata rasa kek pun sedap!




Step 1 - Sebelum ditouch-up





Step 2 - tempek choc ganache




Step 3 - sprinkle sikit hiasan love, sesuailah untuk majlis tunang kan..




Dah siap untuk dihantar kepada tuan empunya yang menempah. Terima kasih sekali lagi kepada Pn. Tina. Lain kali orderlah lagi!

Thursday, July 5, 2012

Chocolate Buttermilk Cupcake for Najjah

Tempahan ketiga adalah daripada rakan sekampus iaitu Pn. Najjah. Tempahan ni saya dapat secara tak sengaja. Tengah sembang-sembang kat facebook dan bercerita tentang perihal masing-masing, jadi saya berceritalah tentang aktiviti baking-membaking saya ni. Sudahnya, terus nak order 50pcs Chocolate Buttermilk Cupcake seperti yang saya cadangkan. Dia kata nak rasa kek saya yang paling sedap, jadi saya cadangkan jenis chocolate cake nilah. Pada saya, dengan menggunakan buttermilklah kek akan menjadi bukan sahaja sedap malahan ringan dan gebu.   







Tapi, amat malang sekali, kek yang sedap itu dispoilkan oleh topping choc ganache yang tak berapa nak menjadi sebab saya masih lagi belum menguasai skill mengwhip choc ganache sepenuhnya. Atas kesilapan teknikal, design swirl tak menjadi swirl, jadi design yang ntah apa-apa pulak. Ini percubaan kali ketiga mengwhip choc ganache. Mungkin sebab belum mahir, maka hasilnya jadilah seperti gambar di atas. Asalnya memang confidentlah, kot la kali ketiga ni jadi, sudahnya tak jadi-jadi jugak. Saya memohon maaf banyak-banyak kepada Pn. Najjah dan memberinya sedikit diskaun di atas kesilapan saya itu.






Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kepada rakan sekampus saya ini kerana memberi peluang dan kepercayaan untuk membuat cupcake ini untuknya. Cupcake ni semua ditempah untuk makan-makan sendiri, untuk diberi kepada adiknya yang tercinta dan juga rakan-rakan sepejabat. Cupcake di atas saya deliver sendiri ke Bangi untuknya dengan caj delivery yang amat berpatutan. Sepatutnya saya hantar ke rumahnya di Salak Tinggi, tapi saya merasakan terlalu jauh dan agak tak berbaloi dengan kos penghantarannya, maka saya ajak berjumpa dengannya di Bangi. Jangan marah ye Najjah, hehe.. Kata Najjah, kek saya sedap! Alhamdulillah, seronok saya mendengarnya walaupun saya agak kecewa dengan deco yang tak berapa menjadi tu. Sekurang-kurangnya rasa kek tu bolehla cover kegagalan deconya, hehe..Takpe, ini pengajaran kepada saya supaya lebih berhati-hati dan mencari solution yang lebih baik pada masa akan datang.

Kepada sesiapa yang nak saya deliver, boleh takde masalah, asalkan destinasinya tak terlalu jauh dari tempat tinggal saya. Kalau sampai ke Seremban rasanya tak dapatlah kot . Paling jauh pun setakat ni bolehla saya hantar ke Bangi dan di sekitar Lembah Klang. Adios!  

Monday, July 2, 2012

Butter Cupcake

Kalau entri lepas ada tempahan kek besar, kita kembali semula kepada tempahan cupcake. Tempahan ni sebenarnya sekali dengan kek besar yang ditempah oleh Kak Yong hari tu. Cuma ini adalah tempahan daripada pengasuh saya Makcik Bee untuk makan-makan sekeluarga dan juga budak-budak di bawah jagaannya.






Hiasan yang simple, saje sprinkle dengan coloured rice, so takdelah nampak kosong sangat. Jumpa lagi di lain entri!

Monday, June 25, 2012

Vanilla Sponge Cake with Fresh Cream


Kek di atas adalah tempahan kedua saya selepas Choc Moist Cupcake hari tu. Dah lama kek ni ditempah, iaitu pada 30.04.12. Kek ini ditempah oleh orang yang sama iaitu Kak Yong yang menempah Choc Moist Cupcake. Kalau hari tu untuk majlis hari lahir anak muridnya yang dilahirkan pada bulan Mac, kali ni untuk yang lahir bulan April. Kali ni beliau request kek besar pulak. Vanilla Sponge Cake dengan topping fresh cream menjadi pilihan.






Sebelum touch-up







 Selepas touch-up






Oleh kerana saya kenal dengan Kak Yong, saya meminta jasa baiknya untuk mengambil gambar keratan rentas kek ini. Yelah, nak tengok jugak camna dalamnya





Tidaklah begitu kemas sebab ini pertama kali saya membuat topping kek besar dengan menggunakan fresh cream. Agak susah nak hias kek dengan fresh cream sebab ianya cepat cair. Tapi, takpelah, pengalaman mengajar kita supaya menjadi lebih mahir dan lebih baik kan!







Anak-anak didik Kak Yong yang meraikan hari lahir mereka di bulan April yang lalu. Kata Kak Yong, habis kek ni semua dimakan. Yelah, budak-budak memang suka makan kek, tak kisah sangat rasanya sedap ke tak, janji ada rasa kek!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...