Followers

Thursday, May 14, 2015

Rainbow Butter Cake Topping Cream Cheese with Edible Image Frozen for Nurul Fatihah


Rasanye demam Frozen ni takkan kebah sampai bila-bila....Frozen tetap menjadi pilihan ramai. Iklan saya di mudah.my tu pun untuk kek edible image Frozenlah paling ramai orang cari. Sori ye jika posting saya banyak betul berkaitan dengan kek Frozen winking

Saya buat pun semuanye di atas permintaan customer. Kalau anda rasa bosan cuci mata dengan kek Frozen, tak usahlah tengok ye, hihi...batting eyelashes




Order kali ni adalah daripada seorang customer baru saya iaitu Pn. Nurul Fatihah mengorder Rainbow Butter Cake untuk anak perempuan kesayangannye yang berumur 4 tahun. Rainbow Cake biasenye 6 warna, tapi untuk kali ni saya buat 4 warna sahaja sebab Pn. Nurul Fatihah tak nak kek yang tinggi-tinggi, takut susah nak potong katanye. Saya kata ok je nak buat 4 warna, takde masalah. Untuk mengelakkan kek yang tidak terlalu tinggi saya buat 4 layer bersamaan dengan 4 warna saiz 9 inci. 


Happy 4th Birthday kepada adik Azfar Nur Qaseh. Semoga Pn. Nurul Fatihah sekeluarga berpuashati dengan kek saya. 


Adios! cool

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...