Followers

Sunday, May 31, 2015

Carrot Walnut Cake with Edible Image for Adi


Setelah sekian lama menunggu, akhirnya ada juga yang berminat nak order Carrot Walnut Cake dengan saya big grin Bukan semua orang suka carrot cake kan. Order adalah daripada En. Adi, rakan kepada suami saya. Deko edible image gambar anaknya sahaja. Kali ni lain sikit wordingnya...biasenye orang lebih prefer tulis "Happy Birthday" atau "Selamat Hari Jadi". Tapi En. Adi nak saya tuliskan "Sanah Helwah" yang membawa maksud yang sama macam Happy Birthday, cumanya ia dalam Bahasa Arab.




Diharap En. Adi suka dengan kek carrot saya ye! batting eyelashes Risau jugak nak tau feedbacknya...takut orang tak bekenan dengan stail carrot cake saya. Carrot Walnut Cake saya ni memang agak berbeza daripada carrot cake biase. Kalau yang biase, orang selalu letak carrot saje atau carrot dengan walnut dan tambahannya kismis. Carrot Cake saya memang lain. Selain carrot dan walnut, saya ada letakkan kelapa kering dan nenas dalam tin. Bukan sikit-sikit nenas dan kelapanya tau. Memang boleh nampak chunky-chunky nenas dan kelapa keringnya memang terasa betul! drooling

Tujuan saya tambah nenas tu sebab nak tambahkan kelembapan pada kek. Sebab sesetengah carrot cake ni agak kering. Saya juga menggunakan 4 biji telur untuk satu resepi. Kalau anda google, banyak resepi guna 2 biji telur je. Pada saya, kek jadi tak cukup moist dengan 2 biji telur. Resepi Carrot Walnut Cake ni memang saya modified untuk memenuhi citarasa saya. Diharap tuan yang mengorder berpuas hati jugalah ye. Lagipun saya kurang menggemari kismis, sebab tulah saya letak nenas yang saya rasa lebih membuat saya seronok nak makan carrot cake dan juga kelapa kering untuk memberikan kelainan kepada rasa carrot cake saya. Walhal, pada asalnya saya bukanlah penggemar carrot cake sebab di fikiran kita ni dok pikir apalah letak sayur dalam kek kan....macam tak kena je....tambah pulak saya ni jenis tak suka sangat makan sayur. Tapi, carrot memang antara sayur favourite. Tu yang at last boleh jugaklah terima kek ada carrot. 

Tak suka carrot cake? Jangan risau, anda tak rasa pun ada carrot dalam tu, nampak je ada carrot tapi memang takde rasa carrot macam kita selalu makan dengan nasi tu. Bila dah blend jadi kek ni memang lain.


Oklah, sampai sini je entri yang agak panjang untuk kali ni. Nampaknye penutup order bulan Mei ni memang istimewa buat saya...harap-harap adalah yang berminat lagi ye nak order carrot cake! happy

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...