Followers

Thursday, May 14, 2015

Rainbow Butter Cake Topping Cream Cheese with Edible Image Frozen for Nurul Fatihah


Rasanye demam Frozen ni takkan kebah sampai bila-bila....Frozen tetap menjadi pilihan ramai. Iklan saya di mudah.my tu pun untuk kek edible image Frozenlah paling ramai orang cari. Sori ye jika posting saya banyak betul berkaitan dengan kek Frozen winking

Saya buat pun semuanye di atas permintaan customer. Kalau anda rasa bosan cuci mata dengan kek Frozen, tak usahlah tengok ye, hihi...batting eyelashes




Order kali ni adalah daripada seorang customer baru saya iaitu Pn. Nurul Fatihah mengorder Rainbow Butter Cake untuk anak perempuan kesayangannye yang berumur 4 tahun. Rainbow Cake biasenye 6 warna, tapi untuk kali ni saya buat 4 warna sahaja sebab Pn. Nurul Fatihah tak nak kek yang tinggi-tinggi, takut susah nak potong katanye. Saya kata ok je nak buat 4 warna, takde masalah. Untuk mengelakkan kek yang tidak terlalu tinggi saya buat 4 layer bersamaan dengan 4 warna saiz 9 inci. 


Happy 4th Birthday kepada adik Azfar Nur Qaseh. Semoga Pn. Nurul Fatihah sekeluarga berpuashati dengan kek saya. 


Adios! cool

Wednesday, May 13, 2015

Kek Merisik - Butter Cake Topping Buttercream for Hani


Assalamualaikum...bertemu lagi kite dalam blog yang tak seberapa ni...hihi...macam pengacara kat tv pulak winking Selalunye kek ni orang order untuk majlis-majlis seperti pertunangan, perkahwinan ataupun birthday. Jarang-jarang sekali orang order kek untuk majlis merisik. Lagipun, merisik sekarang ni tak ramai orang buat dah, kalau ada pun bukanlah secara rasmi. Pada saya, apa-apa majlis pun boleh je kek ni, takde masalah.

Order ni adalah daripada regular customer saya Pn. Hani. Masih setia dengan kek favouritenye iaitu Butter Cake Topping Buttercream. 

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hani kerana tidak jemu-jemu mengorder dari saya. Semoga berpuas hati ye dengan deko kali ni happy

Next entri...esokla pulak ye....wassalam...batting eyelashes

Sunday, May 3, 2015

Choc Moist Cake & Cupcake Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Kak Fa


Order pertama untuk bulan Mei 2015 adalah kek Frozen lagi daripada rakan saya Kak Fa yang tinggal dekat je dengan kawasan perumahan saya. Order ni saya hantar pada 1 Mei yang lepas bersamaan dengan Hari Pekerja. Orang lain dok relek je kat umah, saya pulak sibuk bekerja menyiapkan kek. Begitulah rutin saya, tebalik dengan orang lain, hari biasa tak keje, hari minggu keje. Tapi kalau nak kata betul-betul saya tak keje hari biase tak jugak. Rutin saya hari biase selain membuat keje umah, saya juga drebar untuk anak-anak saya, hihi... winking Adalah jugak kadang-kadang dapat order pada hari biasa, tapi biasenye orang akan buat majlis birthday pada hari minggu. Hari biase ni kalau ada majlis di sekolah atau di ofis.





Selain kek Frozen sebijik, ada juga diorder 25pcs cupcake kek yang sama




Happy Birthday kepada Hana yang menyambut kelahirannya yang ke-4. Kata rakan saya ni, anak pompuannya ni memang fanatik dengan Frozen. Diharap Hana seronok gile dapat kek birthday karektor kartun kegemarannya big grin 


Terima kasih saya ucapkan kepada Kak Fa kerana sudi order. Harap tak serik untuk order lagi batting eyelashes

Wednesday, April 29, 2015

No Bake Oreo Cheesecake for Hawa


Order terbaru untuk bulan April dan juga yang terakhir untuk bulan ini adalah No Bake Oreo Cheesecake untuk rakan saya Cik Puan Hawa. Dia ni memang peminat tegar Oreo Cheesecake. Untuk birthdaynye taun lepas pun beliau mengorder kek yang sama.



Mekasih bebanyak sebab sudi order lagi winking. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi isteri dan ibu yang terbaik untuk suami dan anak-anak tersayang love struck

Monday, April 20, 2015

Choc Moist Cake Topping Fresh Cream


Assalamualaikum & selamat petang diucapkan pada anda semua pengunjung blog ini....big grin 

Udah minum petang ke? Kalau belum, apa kata kita makan Choc Cake dengan Topping Fresh Cream ni, hihi...drooling Suka mengajak orang untuk menggemukkan badan jelah saya ni yewinking

Takdelah macam tu...saje je post kek kali ni sebab minggu ni takde projek dari customer, kita buatlah projek sendiri. Sambil-sambil nak menghabiskan topping fresh cream yang ada dalam peti, bolehla bereksperimen dengan resepi baru. Masa takde order ni la nak bereksperimen, kalau ada order, busy la pulak nak nyiapkan order kan....




Resepi yang saya eksperimenkan ni bukanlah resepi baru yang saya dapat di internet atau saya dapat dari sesiapa, resepi yang sama yang saya selalu guna selama ni untuk Choc Moist Cake, cuma ada modified sikit untuk meningkatkan lagi kualiti kek saya. Alhamdulillah, menjadi eksperimen saya dan saya amat-amat berpuas hati dengan hasilnye dan confirm saya akan gunakan resepi ni untuk Kek Choc Moist saya untuk order-order saya selepas ini. Ada juga penambahbaikan dari segi bahan, ada beberapa bahan yang saya tukar brandnye untuk mendapatkan kualiti yang lebih baik.

Yelah, R & D ni penting untuk meningkatkan lagi kualiti produk kita kan...so, dari semasa ke semasa mesti kena buat R & D supaya kualiti produk kita menjadi lebih baik. Selain tu, R & D jugak penting untuk membuat produk baru.

Ada juga nak buat produk baru, tapi tulah, masih lagi dalam peringkat eksperimen. Kalau ada nanti, kita war-warkanlah di sini dan di facebook batting eyelashes





Mmmm....nyam! nyam! Nampak best kan kek ni drooling Buat minum petang ni memang sedap! Topping fresh cream ni memang sedap dengan mana-mana kek pun sebab dia tak muak dan tak berapa manis sebab ianya adalah krim yang diperbuat daripada produk bukan tenusu. Dalam Englishnye Non-Dairy Whipped Cream. Boleh klik sini untuk keterangan lanjut pasal krim ni. Krim ni memang berbeza dengan buttercream yang biase untuk kek-kek birthday tu. Cumanye krim ni lebih sesuai untuk indoor punye majlis sebab krim ni cepat cair. So, kepada sesiapa yang nak order dengan topping macam ni kena bagi info lebih lanjut tentang majlis tu nak buat kat mana dan nak dibawa ke mana kek tu. 


Oklah, sampai sini je, selamat menjamu mata kepada yang tak dapat makan kek untuk minum petang hari ni, haha (jahatnye saya, hihi pirate*) Kalau ada sesape yang teringin nak rasa kek seperti gambar di atas, jangan lupe terus what's app/sms/call saya Faeza di 013-6299 005 call me


Jumpe lagi next entri! wave

Friday, April 17, 2015

Choc Moist Topping Choc Ganache


Mmmmm....nyam! nyam! Nampak sedap kan? Ini bukan kek yang diorder oleh customer, ini kek yang saya saje-saje buat, nak menghabiskan topping choc ganache yang ada, saya buatlah kek choc moist. 

Dah lama tak buat deko bunga ros macam ni atas kek. Jika ada sesiapa berminat nak kek macam ni jangan lupe contact saya Faeza di 013-6299 005.

Adios! big grin

Monday, April 13, 2015

Butter Cupcake Topping Buttercream for Fiza


Assalamualaikum dan selamat pagi diucapkan kepada anda yang menyinggah di blog ini....

Dah lama tak buat butter cake...rindu dengan keharuman kek butter selepas dibakar....selama ni dok buat kek choc je, terasa juga jemunye, tapi nak buat macam mana kan, semuanya di atas permintaan customer.  Kita ni ikutkan je la.

Order kali ni dari rakan saya Fiza yang sudah beberapa kali juga mengorder kek dengan saya tapi first time mengorder Butter Cupcake Topping Buttercream dengan deko choc rice dan M & M. Cuppies ni dibawa ke Lake Garden untuk berkelah bersama rakan-rakan. Lama juga tak pegi ke Lake Garden. Selalunye saya dan keluarga ke Taman Layang-layang, Kepong untuk beriadah. Lebih dekat, sebab selalunye pegi lepas Asar. So, bolehla lepak lama sikit.


Terima kasih kepada Fiza sebab sudi order lagi. Harap berpuas hati ye dengan butter cake saya! batting eyelashes

Wednesday, April 8, 2015

Choc Moist Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Ahmad


Inilah dia order kek Frozen untuk En. Ahmad yang saya katakan semalam...

Takmo cite banyaklah...macam biase kek yang menjadi pilihan ramai iaitu Choc Moist Topping Buttercream.

Happy Birthday to Puteri, baju pun baju Frozen ye! winking party

Tuesday, April 7, 2015

Choc Moist Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Dila


Seperti yang saya penah kata pada entri yang lepas, di awal April ini In Shaa Allah ada lagi order untuk kek Frozen. Maka inilah order yang dikatakan...jangan mare ye kepada pembaca blog ni....batting eyelashes ada lagila yang dok request kek Frozen ek...

Kebetulan tarikh 4 April ni adalah tarikh hari lahir anak sulong saya. Ada kek frozen jugak ke untuk dia? Takdelah...anak sulong saya tu lelaki, mana minat Frozen walaupun dia ada jugak tengok cite tu. Biasenye yang mintak kek Frozen ni pompuan. Takde lagi setakat ni yang mintak tu untuk lelaki...macam tak sesuailah pulak kan...winking

Mesti ada yang tanye, buat kek Frozen untuk orang, untuk anak sendiri takde ke? Jawapannye takdelah nampaknye...memang tak sempat nak buat keknye apatah lagi nak buat majlis. Tapi, malamnye tu adalah makan-makan satu famili semua dengan adik lelaki saya sekeluarga dengan umi dan ayah saya.

Jangan tak tau, birthday anak saya sama dengan ayah saya. So, tiap-tiap taun kalau ada kelapangan kitaorang semua pegilah makan-makan sekali untuk sambut birthday anak saya dan atuknye.

Ada juga kek, tapi belilah, haha..untuk sendiri beli orang lain punye kek pulak ek...biaselah tu, anak pun memang dah boring tengok kek saya, dia nak merasa kek orang lain pulak, hihi...lagipun memang tak sempat nak buat sad

Pada 5 April ada lagi order untuk kek Frozen...ha?! Ada lagi?! Layan jelah....big grin

Thursday, April 2, 2015

Choc Moist Cupcake Topping Buttercream for My Auntie - Su


Order terakhir untuk bulan Mac 2015 adalah daripada ibu saudara saya yang tinggal di Puchong yang saya panggil Su mengorder Choc Moist Cupcake Toppping Buttercream sebanyak 50pcs untuk hari lahir anak bongsunya Yasmeen yang berumur 6 tahun. Cuppies ni semua pun disambut di tadikanya bersama-sama rakan-rakan dan cikgu tercinta.




Deko kali ni saya buat tulisan dengan pink fondant dan atas cuppies saya sprinkle dengan strawberry chips dan alphabet sprinkle. Saje try strawberry chips, ada kelainan sikit...happy




Yang ni untuk makan-makan sendiri kat rumah. Ada lagi 9pcs untuk babysitter Yasmeen.




Terima kasih kepada ibu saudara saya Su, first time order dengan saya. Sebelum ni penah rasa yang saya saje-saje bagi je, kali ni beliau mengorder pulak. 


Happy 6th Birthday to my cousin Yasmeen! Harap seronoklah ye dapat banyak cuppies untuk birthday party
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...