Followers

Sunday, February 22, 2015

Army Theme Cake with Edible Image - Choc Moist Topping Buttercream for Erin


Semalam ada cuppies hantaran yang sweet dengan tema pink dan purple. Hari ni kita tengok pula kek bertemakan askar bersama-sama dengan edible image gambar sendiri. Choc Moist Topping Buttercream ini diorder oleh rakan saya juga iaitu Erin dan dah beberapa kali juga mengorder kek dengan saya.

Kalau anda perasan icing kurang smooth jika dibandingkan dengan deko-deko sebelum ini sebab inilah pertama kali saya mendeko kek dengan teknik camouflage. Nak tau apa itu camouflage, bolehla anda google sebab kalau nak cite kat sini panjang sangat. Tengok kat youtube memang nampak mudah cara membuatnya tapi mungkin kerana icing yang saya gunakan tak sama seperti yang ditunjukkan di youtube, maka tak berapa sempurna pada saya kek yang saya buat kali ni.

Tapi, nasib baiklah rakan saya ini memahami apa yang telah berlaku dan saya dah terangkan kepadanya apa masalah yang timbul. Mintak maaf bebanyak sangat-sangat kepada Erin kerana kek yang dideko tak begitu menjadi seperti yang diharapkan kerana idea deko adalah daripada Erin sendiri.

Maka, ini adalah pengajaran dan pengalaman buat saya untuk mencuba teknik yang baru dalam mendeko kek. Terima kasih juga kepada Erin kerana memberi kepercayaan dan peluang untuk saya mencuba sesuatu yang baru walaupun ada sedikit kekurangan.

Walaupun begitu, mendeko kek dengan cara sebegini memang seronok walaupun saya agak sedikit kecewa, tapi yelah, tak cuba, tak tau. Bila dah tau tu, pandai-pandailah perbaiki mana yang patut.


Tahniah kepada Along Syazani Imran kerana menerima Anugerah Rekrut Terbaik untuk badge 2014 dan enjoy the cake! party

Saturday, February 21, 2015

Cupcake Hantaran Fondant - Choc Moist Topping Buttercream for Aida


Cuti Tahun Baru Cina tahun ini agak beruntung kepada mereka yang bekerja kerana cutinya bermula pada hari Khamis dan terus bersambung sehingga ke hujung minggu. Memang ramai la yang ambik peluang nak bercuti atau pulang ke kampung. Kebetulan sekolah pun bagi cuti panjang bermula Selasa lepas lagi.

Saya pulak dok sibuk siapkan order time cuti panjang ni. Order ni saya dapat sejak awal bulan Februari hari tu lagi sebab kek ni untuk hantaran. Sebab dapat tempahan awal, jadi takdelah saya merancang bercuti ke mana-mana.




Tempahan ini adalah tempahan ketiga daripada rakan sekolah saya, Aida. Tempahan ini adalah untuk saudaranya yang melangsungkan perkahwinannya hari ini. Oleh kerana fondant kali ni menggunakan beberapa warna, maka agak lama juga nak menyiapkan keseluruhan 25 cuppies tu. Tapi saya dah siapkan kek dan topping buttercreamnya sehari lebih awal. So, takdelah kelam-kabut sangat nak siapkan. Walaupun begitu, agak mudah bagi saya untuk mendeko sebab idea deko adalah daripada Aida sendiri dan tak perlu susah-susah pikir nak deko macam mana winking


Terima kasih sekali lagi kepada rakan saya Aida kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyiapkan cuppies hantaran ini. Semoga pihak pengantin dan keluarga berpuashati dengan deko yang diinginkan. 


Selamat Pengantin Baru juga diucapkan kepada pasangan Ayyub & Ayza love struck Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan selamat menikmati juga cuppies saya! batting eyelashes

Saturday, February 7, 2015

Choc Moist Topping Cream Cheese for Lyana


Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Februari di tahun 2015 ni ye...cepat betul masa berlalu...rasa macam baru je masuk tahun baru, dah masuk bulan baru dah...

Alhamdulillah, masuknye bulan 2 ni adalah order dari rakan ibu saudara saya, Pn. Lyana yang bekerja di KLCC menempah kek Choc Moist Topping Cream Cheese untuk makan-makan sendiri je. Disebabkan untuk makan-makan sendiri je, saya pek dalam bekas aluminium 8" x 8" sebanyak 2 pek sebab yang lagi 1 pek nak diberikan pada orang lain untuk merasa. 

Terima kasih banyak-banyak kepada Pn. Lyana kerana sudi order...diharapnya berpuashati dengan kek saya dan semoga ada lagi order yang mendatang dari Pn. Lyana! batting eyelashes

Thursday, January 29, 2015

Spiderman Cake - Choc Moist Topping Buttercream for Faezah


Post semalam kek red velvet deko bunga-bunga, hari ni kek spiderman pulak...keknya adalah Choc Moist Topping Buttercream. Ini adalah repeat order daripada regular customer saya Pn. Faezah yang tinggal di Kg. Baru. Order yang saya dapat ni memang teramatlah last minitnye, tapi Alhamdulillah sempat juga saya menyiapkannya. Kek ni saya hantar pada hari yang sama dengan kek red velvet untuk Aida. Cuma masa saje berlainan. Untuk Aida saya hantar tengahari Sabtu yang lepas, untuk Pn. Faezah saya hantar pada sebelah petangnya.

Alhamdulillah, beliau berpuashati dengan rasa kek choc moist saya sebab sebelum-sebelum ni beliau pernah order kek span dengan saya, belum pernah lagi merasa choc moist saya.


Terima kasih lagi sekali kepada Pn. Faezah sebab sudi order lagi! ;-)

Wednesday, January 28, 2015

Red Velvet Deko Fondant Purple Flower for Aida


Order seterusnya adalah daripada rakan sekolah saya Aida yang sebelum ni pernah pun mengorder 2 biji kek dengan saya iaitu Choc Moist Topping Buttercream dan juga Red Velvet untuk birthday anak-anaknya. 

Kali ni beliau mengorder kek yang sama iaitu Red Velvet istimewa untuk birthday yang ke-70 untuk ibu tercinta.




Atas permintaan Aida sendiri, beliau mahukan saya mendeko kek ini dengan bunga-bunga fondant berwarna purple. Jangan ingat kek red velvet boleh deko dengan warna merah je...boleh je nak deko dengan warna lain ikut citarasa dan kesukaan masing-masing.




Terima kasih kepada Aida kerana sudi order lagi dan terima kasih juga dengan feedback yang diberikan ;-)

Thursday, January 22, 2015

Choc Moist Cake Topping Choc Ganache for My Auntie


Order kedua untuk tahun 2015 ini adalah Choc Moist Topping Choc Ganache order dari ibu saudara saya yang bekerja di Petronas, KLCC. Beliau mengorder kek ini bagi pihak rakan-rakan sekerja juga untuk hari lahir bosnya yang jatuh pada hari ini iaitu 22 Januari.

Alhamdulillah, semua rakan-rakan sekerja dan yang paling penting bosnya amat berpuashati dengan rasa kek saya. Kata ibu saudara saya sekejap je kek ni kena serang! Cepat je habis ;-)

Terima kasih kepada ibu saudara saya yang saya panggil Cik kerana sudi order. Jangan segan-segan nak order lagi :-D

Friday, January 9, 2015

Fondant Cupcake Hantaran Kahwin - Choc Moist Topping Buttercream for Fini


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua...rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2015. Alhamdulillah, seawal 9 Januari 2015 saya mendapat order yang saya rasa sangat istimewa. Pada orang lain mungkin dah biasa dapat order hantaran kahwin macam ni. Tapi, pada saya yang jarang-jarang dapat memang rasa seronok dan bersemangat dapat order untuk hantaran.

Order pertama untuk tahun 2015 adalah daripada customer baru saya iaitu Pn. Fini yang mengorder 25pcs Choc Moist Cupcake Topping Buttercream untuk hantaran pihak lelaki dengan tema gold yang memang nampak kelassss!!

Memang excited dapat buat deko full fondant dengan tema gold pulak tu. Walaupun mengambil masa lebih kurang 4 jam nak menyiapkannya, tapi saya rasa sangat puas hati dapat mendeko cupcake tersebut dengan jayanya. Cuppies hantaran ni akan dibawa ke Melaka untuk majlis perkahwinan pada esok hari.




Semoga Pn. Fini berpuas hati dengan deko saya dan semoga pasangan pengantin dan seluruh pihak keluarga mereka berpuas hati dengan deko dan yang paling penting menyukai juga rasa kek saya.


Selamat Pengantin Baru saya ucapkan kepada bakal pengantin Izuddin & Syahadah. Semoga hubungan anda berdua diberi keberkatan dan kebahagiaan hingga ke akhir hayat  

Wednesday, December 24, 2014

Choc Moist Cake Topping Choc Ganache for Ilyana


Order daripada rakan sekolah saya Ilyana, Choc Moist Topping Choc Ganache untuk makan-makan sekeluarga. Kalau ikutkan beliau, beliau cakap tak payah deko-deko bagai, tapi saya sebagai baker mestilah nak mendeko jugak, dapat simple-simple pun jadilah...

Sebelum ni beliau dah penah pun order Choc Moist dengan saya tapi toppingnye cream cheese dengan deko edible image Frozen untuk kek birthday anak saudaranya.

Selamat menikmati kek choc yang nyam-nyam ni ye!

Tuesday, December 23, 2014

Choc Moist Cupcake Topping Choc Ganache for Fiza


Dah lama kawan saya Fiza tak order kek dengan saya...kali ni beliau order kek yang sama iaitu Choc Cupcake Topping Choc Ganache sebanyak 100pcs. 25pcs untuk makan-makan bersama keluarga, lagi 75pcs untuk dibawa makan-makan ke ofisnya.




Thanx Fiza for the feedback!  

Monday, December 22, 2014

Kek Cheese Meleleh Vanilla for Sabrina


Jumaat lepas saya mendapat order yang tersangatlah last minitnye! Awal-awal pagi lagi saya sudah mendapat what's app dari customer saya yang bernama Sabrina. Pertama kali order dengan saya, beliau mengorder Kek Cheese Meleleh Vanilla istimewa untuk adik tersayang yang saya deliver ke Wangsa Maju.

Inilah order paling last minit yang penah saya dapat. Order pagi, petang dalam pukul 3 hari yang sama saya dah pegi deliver. Nasib baik cuti sekolah...takdelah saya kelam-kabut sangat menyiapkan order. Kalau hari sekolah mungkin susah sikit nak ambik order last minit macam tu. Alhamdulillah, rezeki di musim cuti sekolah ini  


Diharap adik Cik Sabrina, Aiman gembira dengan surprise yang diberikan oleh kakaknya untuk hari lahirnya. Happy Birthday to Aiman, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu, In Shaa Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...