Pada asalnya, edible image yang dikehendaki adalah Frozen, tapi dah last minute sangat, tak sempat nak order dengan supplier. Jadi, saya cadangkanlah Minion sebab kebetulan memang dah ada edible image Minion kat umah, lebih daripada order kek yang lepas.
Daripada pandangan tepi kek. Saya akui skill melicinkan icing di atas kek masih banyak perlu diperbaiki. Awal-awal lagi saya memohon maaf kepada rakan saya ini dan minta halal di atas segala kekurangan sebab saya masih lagi belum sampai tahap pro. Tapi, anda semua jangan risau, akan saya improve skill saya untuk pada masa akan datang. Saya perlu buat banyak latihan untuk smoothkan icing saya, fighting! 

Bila order last minute ni, nak cari benda-benda macam ni memang bergantung pada nasib. Kalau nasib baik dapat, dapatlah. Kalau tak, tepakselah cari alternatif lain. Memang nasib saya baik kali ni, dapat jugak cari edible image Minion untuk cuppies. Siap dapat dua design berbeza lagi, Alhamdulillah...

Kalau ikutkan dalam gambar ni ada 24pcs untuk setiap bekas. Disebabkan setiap saiz A4 ada 24pcs, saya sedekahkan jelah lagi 8pcs tu. Nak abiskan edible image yang ada, saya simpan pun buat apa kan...tambahan pulak cuppies pun ada lebih, nak makan sendiri semua memang tak laratlah. So, apa salahnya saya sedekahkan je, tak rugi apa-apa pun kalau kita sedekah kan...
Alhamdulillah juga rakan saya berpuas hati dengan rasa kek saya. Katanya mungkin akan order lagi untuk birthday party di rumahnya pula.
Terima kasih saya ucapkan kepada rakan saya Ina kerana sudi untuk pertama kalinya order kek dengan saya. Saya harap ada lagi order yang mendatang darinya. Terima kasih lagi sekali Ina dan Happy Birthday to Arissa Zahra!

No comments:
Post a Comment