Followers

Monday, May 5, 2014

No Bake Oreo Cheesecake for Hawa



Tempahan terakhir untuk bulan April yang lalu adalah daripada ex-staff kedai alatulis saya iaitu Hawa. Untuk hari lahirnya yang ke-28 ni beliau menempah Oreo Cheesecake. Cik Puan Hawa ni memang suka sangat dengan Oreo Cheesecake. Pertama kali order dengan saya memang dia dah suka dengan rasa cheesecake saya ni. Alhamdulillah, seorang lagi customer saya yang berpuas hati dengan hasil kerja saya.






Disebabkan ada lagi lebihan fondant berwarna hitam daripada order kek yang lepas, saya gunakan fondant untuk tulisan di atas kek. Nampak lebih cantik dan kemas dengan menggunakan fondant.




 

 
Gambar kek yang telah diletakkan lilin di atas bukanlah atas permintaan saya. Mungkin kebetulan malam beliau menyambut hari lahirnya tu saya mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadanya, beliau menghantar gambar kek yang telah dinyalakan lilin melalui what's app. Teruja betul saya melihatnya! Cantik rupenye kek ni bila dah dinyalakan lilin, dalam gelap pulak tu, memang nampak cantik. Seronok betul saya tengok gambar ni! http://eemoticons.net http://eemoticons.net 

Terima kasih kepada Hawa sebab send gambar ni dan Happy Birthday saya ucapkan kepada Hawa. Semoga beliau menjadi seorang isteri dan ibu yang terbaik untuk keluarganya. Lain kali boleh order lagi ye! http://eemoticons.net 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...