Followers

Friday, May 2, 2014

Choc Sour Cream Cake with Choc Ganache Layer & Fresh Cream Topping


Beberapa hari selepas saya menyiapkan doorgift untuk majlis perkahwinan adik saya tu, dapat pulak tempahan Choc Sour Cream Cake untuk majlis hari lahir anak perempuan kepada rakan saya Tina, regular customer saya. Saya sebenarnya kalau boleh nak jugak buat kek lain, tapi sebab kebanyakan orang suka kek coklat kan, so, kita kena buatlah ikut permintaan customer. So, kepada pembaca blog ni jangan jemu ye asyik dengan tempahan kek yang sama je. Tapi, kalau anda perasan, dekonya tak sama, toppingnya juga tak sama. Kali ni, layer kek saje dengan choc ganache, topping luar kek dengan fresh cream.




Simple deko je sebab edible image tu pun dah cukup cantik. Untuk pengetahuan anda semua, edible image ni adalah custom made dan harga untuk custom made edible image agak mahal sikit harganya berbanding dengan ready made. So, kalau nak tempah edible image sekurang-kurangnya seminggu lebih awal supaya saya dapat menempah dan tiba tepat pada masanya. Kalau dah last minute sangat, sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tempahan. Itupun hari bekerja ye, tak termasuk hari minggu dan cuti umum sebab waktu-waktu tersebut Pos Malaysia pun cuti jugak http://eemoticons.net 





Atas ehsan rakan saya ni, saya meminta beliau untuk snap gambar kek ni selepas dipotong. Saje jelah nak tengok macam mana rupe dalamnya. Amacam? Nampak sedap tak? http://eemoticons.net





Cuppies ni pulak saya buat seminggu selepas handover kek yang besar tu. Ingatkan nak bagi pada hari yang sama, tapi tak sempat nak buat, saya tangguhkanlah ke hari lain. Tengok date kat gambar tu pun boleh tau disnap pada 1 Mei. Edible image untuk cuppies ni datang bersama-sama dengan edible image yang besar tu. Kiranya dia punye setlah bila kita order tu. Untuk edible image yang kecik-kecik ni saya minta supplier buat wajah Amni sahaja. So, cuppies ni saya saje-saje bagilah, kire hadiahlah daripada saya. Lagipun, saya nak simpan buat apa kan..




Sebenarnya, rakan saya ni nak buat surprise untuk anaknya sempena hari lahirnya yang ke 5 tahun ni. Disebabkan anaknya Amni minat sangat dengan Frozen, so beliau pun menempah gambar Frozen dengan gambarnya sendiri sekali. Memang anaknya happy sangat tengok gambar Frozen dengan mukanya sendiri atas kek. Tambah pulak seminggu lepas tu dapat cuppies lagi muka sendiri, memang lagi syok la dia. Berbaloi mamanya menempah edible image ni untuk anaknya http://eemoticons.net

Happy 5th Birthday kepada Amni dan semoga menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya.

Wassalam...http://eemoticons.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...