Followers

Monday, May 12, 2014

Choc Sour Cream Cake with Choc Fresh Cream Topping



Bulan Mei adalah bulan di mana suami saya menyambut hari lahirnya. Bulan April pula anak sulong saya menyambut hari lahirnya. Mereka memang lahir pada bulan yang berbeza tapi berkongsi haribulan yang sama. Suami saya pada 4hb Mei dan anak sulong saya 4hb April. Oleh sebab itu kek di atas saya buat untuk kedua-duanya sekali pada bulan Mei ini. Kek ni sepatutnya adalah Choc Indulgence Cake. Tapi, sebab malas nak buat dua jenis layer dan topping, saya buat Choc Indulgence version saya sendiri, tak perlu dua jenis coklat masakan yang digunakan, saya guna satu jenis sahaja iaitu coklat masakan biasa. Kalau resepi asal sepatutnya ada coklat masakan putih dan coklat. Kalau nak resepi Choc Indulgence macam Secret Recipe tu boleh klik sini atau sini




Ini adalah rupe kek ni sebelum dipotong. Nampak pelik topping kek ni kan...kenapa nampak pelik macam ni sebab semasa saya mencampurkan coklat masakan dengan fresh cream, sepatutnya coklat masakan yang telah dicairkan tu kena betul-betul sejuk baru dicampurkan dengan fresh cream yang sejuk tu. Oleh sebab coklat masakan masih suam, maka bila panas bertemu dengan sejuk, jadilah coklat masakan tu berketul-ketul sikit bila dicampur dengan fresh cream tu. Tapi, bila ditengok-tengok balik, macam ok pulak topping ni kan, walaupun nampak agak pelik tapi nampaklah keunikannya kat situ...kot la...hahaha...




Mungkin anda rasa layer kek ni agak melampau sehinggakan kek 4 tingkat nampak macam 6 tingkat. Ini adalah kerana topping yang disediakan memang agak melampau daripada sepatutnya. Salah bajet pulak kali ni http://eemoticons.net Disebabkan topping yang terlebih bajet tulah jadi saya sengaja letak layer banyak-banyak, tak nak membazir. Tapi, cuba punye cuba nak abiskan, tak abis jugak. Ada jugak lagi lebihan. Takpelah, nak buat macam mana, sape suruh tamak sangat buat topping banyak-banyak http://eemoticons.net

Yang paling sedih, penat-penat buat, anak dan suami makan sikit je, selebihnya banyak saya yang makan http://eemoticons.netJenuh nak perabis...sehinggalah tinggal 1 potongan yang terakhir saya tak larat dah nak makan, saya bagilah kat adik pompuan saya.

Moral of the story - Jangan buat kek untuk orang yang tak berapa suka makan kek http://eemoticons.net 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...