Followers

Friday, May 16, 2014

Red Velvet Cupcake & Choc Moist Cupcake Topping Buttercream with Edible Image Sofia The First for Achim



 
Order kedua untuk bulan Mei'14 ini adalah dari rakan sekampus saya iaitu Achim yang dah penah order Rainbow Cake dengan saya sebelum ni telah mengorder Red Velvet Cupcake dan Choc Moist Cupcake topping pink buttercream dengan edible image Sofia The First. Ramai jugak peminat Sofia The First ni ye. Kalau anda masih ingat, yang mula-mula saya buat hari tu buttercream purple dan pink, kali ni saya buat buttercream pink sahaja pulak. Cuppies ni semua diorder sempena Hari Guru 2014.





Untuk Red Velvet beliau mengorder sebanyak 20pcs, individual pack untuk diberikan kepada rakan-rakan gurunya. Untuk pengetahuan anda, rakan saya ini juga seorang guru.





Choc Moist Cupcake ni pulak kalau tak silap saya untuk guru-guru anak-anaknya. Sebanyak 20pcs juga yang diorder, tapi saya berikan pada beliau extra 5pcs sebab memang dah ada lebih dan nak menghabiskan imej Sofia yang ada tu.




Sempena Hari Guru pada hari ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru tidak kira sama ada anda guru tadika ke, sekolah rendah ke, menengah ke, hatta pensyarah sekalipun, anda tetap sebagai seorang pendidik yang bertangggungjawab mendidik anak bangsa supaya menjadi orang yang berguna kepada, agama, bangsa dan negara. 

Tidak lupa juga saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada rakan saya Achim yang sudi order untuk diberikan kepada semua guru-guru yang dikenalinya dan all the best kepada Achim, semoga menjadi guru yang terbaik serta disukai dan dihormati oleh semua anak muridnya http://eemoticons.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...