Followers

Saturday, June 7, 2014

Butter Banana Cake Topping Choc Ganache


Ini adalah order kedua saya untuk kek pisang. Kebetulan dapat order yang sama seperti entri yang lepas. Apa yang berbeza di antara kek pisang entri yang lepas dengan entri kali ni adalah toppingnya. Di antara layer kek ni juga saya ada sprinkle sedikit badam dan sedikit saya gunakan untuk dekonya. Yang kerang warna oren tu adalah coklat putih yang saya warnakan dengan warna oren, bukan perisa oren ye. Idea deko ni adalah dari rakan saya sendiri, Erin, tuan yang mengorder kek nilah.




Di keliling kek ni saya hiaskan dengan tulisan "Happy Bday May And Jun" dengan menggunakan fondant. Ini juga adalah permintaan dari Erin juga, bukan saya yang pandai-pandai ye http://eemoticons.net Sepatutnya wording tu saya tulis "Happy Birthday May & June Babies", tapi tak muatlah pulak, so tepakselah tulis apa yang muat je. Sebelum letak tulisan tu, dah estimate elok-elok, macam muat, dah susun punye susun, tak muat pulak...kalau tau tak letak Happy Birthday pun takpe, letak May & June Babies je lebih baik http://eemoticons.net Tapi takpelah, nak buat macam mana, kadang-kadang kesilapan teknikal yang macam ni susah nak jangka. Next time kena estimate betul-betul. 

Semalam dapat feedback dari Erin dan Alhamdulillah Erin sekeluarga puas hati dengan rasa kek pisang saya dan kombinasi choc ganache dan badam memang kena dengan rasa manis kek pisang tu. Cuma, dari segi dekorasi mereka merasakan agak kurang memuaskan. Takpe-takpe...jangan panik, itu teguran yang membina tu. Nampaknya saya kena banyak buat homework lagi untuk memantapkan lagi dekorasi kek saya. In Shaa Allah, akan saya improved dari semasa ke semasa http://eemoticons.net


Jumpa lagi next entri...Chow! http://eemoticons.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...