Followers

Thursday, June 26, 2014

Choc Cake Topping Buttercream with Edible Image Hello Kitty for Sheena


Order ketiga untuk bulan Jun'14 datang dari customer baru jugak iaitu Pn. Sheena yang dapat contact saya dari mudah.my. Order yang dah biasa saya dapat iaitu Choc Cake dengan topping buttercream. Kali ni dengan edible image Hello Kitty. Kek ni dihantar jauh ke SK Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam. Anak perempuan Pn. Sheena ni memang minat betul dengan Hello Kitty. 

Saiz kek ni adalah 10" dengan ketinggian 5". Tinggi kan...dah macam Rainbow Cake pulak. First time buat kek bulat 10" dan tak sangka dengan 2 adunan kek coklat untuk menghasilkan kek 10" menghasilkan kek yang agak tinggi. 





Alhamdulillah, Pn. Sheena sekeluarga suka dengan kek coklat saya. Cuma dari segi deko beliau ada komen sikit yang keliling kek nampak agak kosong. Saya pun tak taulah kenapa hari saya mendeko keknya tu saya jadi blur semacam, tak tau nak deko macam mana. So, untuk tidak menspoilkan lagi kek tu, langkah paling selamat ialah membiarkan kek tu kosong je. Setelah dihandover saya memang dah dapat agak mesti saya akan dapat komen macam tu. Tapi takpe, pengajaran untuk diri saya jangan dok blur sangat dan berani sikit dalam hias-menghias kek ni. Tak cuba, tak tau kan...http://eemoticons.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...